21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Adakah Benar Ini Kapten Zaharie, Juruterbang MH370?

Bahasa Melayu
Typography

TAIPEI : Sebaik sahaja Amerika Syarikat membuat pengumuman untuk bersama-sama pasukan penyiasat China, Australia dan Belanda di dalam usaha menjejaki pesawat Boeing MH370 milik Malaysian Airlines (MAS), telah timbul desas-desus bahawa Kapten Zaharie, juruterbang pesawat tersebut telah dijumpai dan kini berada di salah sebuah hospital di Taiwan, Isnin lalu.

Sumber yang dipetik dari laman web World News Daily Report itu memberitahu bahawa Kapten berusia 53 tahun itu ketika dijumpai sedang berada di dalam keadaan dehidrasi yang kritikal, serta mengalami amnesia, dan langsung tidak dapat mengingati namanya setelah terlantar lebih 16 jam di hospital.

Laman web itu turut menyebut, “dia (Kapten Zaharie) dikejarkan ke hospital oleh sekumpulan penduduk kampung berhampiran, setelah dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui.”

Walau bagaimanapun, Snopes.com mengesahkan bahawa laporan tersebut tidak benar, dan berita tersebut diambil dari sumber laman web Link Beef, di dalam artikel bertarikh 10 Febuari 2016.

Gambar pesakit yang digunakan oleh lama tersebut juga di dapati palsu.

“Gambar yang dikatakan Ahmad Shah, seperti yang ditunjukkan di artikel tersebut langsung tidak mempunyai persamaan dengan juruterbang pesawat yang hilang.

“Individu di dalam gambar tersebut merupakan seorang lelaki Burma, Aung Myo Oo, yang mana pernah muncul di dalam salah sebuah artikel pada Januari 2014,” menurut Snopes.com lagi.

Laporan dari laman web palsu tersebut turut mendakwa bahawa ‘Dr Syed Boon Sulong’ ada membuat kenyataan mengenai keadaan terkini pesakit.

“Pesakit masih di dalam keadaan lemah dan tidak sihat, dan hasil pemeriksaan mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang melibatkan bahagian otaknya yang menyebabkan dia mengalami gangguan memori, pemantauan tahap kesihatan masih dilakukan agar dia ingatannya boleh kembali pulih. Buat masa ini tahap kesihatnnya masih di tahap kritikal, tapi dari semasa ke semasa, dia seharusnya boleh mengingat semula.”

Untuk hal tersebut, Snopes.com memberitahu bahwa doktor yang disebutkan di dalam artikel dari laman web Link Beef itu diambil dari artikel yang berbeza dan doktor tersebut dikenali sebagai Dr Jeyaindran Sinnadurai (bukannya Dr Syed Boon Sulong).

“Sepertimana yang disebutkan di dalam laporan tidak sah, dan juga gambar yang tidak berkaitan itu, tiada sebarang kebenaran di sebalik kenyataan yang mengatakan bahawa juruterbang MH370 yang dilaporkan hilang itu telah dijumpai di dalam keadaan selamat pada 2016.

“Link Beef merupakan antara beberapa laman web yang menerbit, mengguna dan menyebar berita-berita palsu. Tidak seperti beberapa laman web ‘sindiran’ yang lain, Link Beef tidak meletakkan sebarang amaran atau pemberitahuan bahawa kandungan berita yang diterbitkan mereka adalah rekaan semata-mata,” ujar Snopes.com.

Kapten Ahmad Zaharie merupakan seorang juruterbang senior yang menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1981, dan mempunyai rekod penerbangan lebih dari 18,000 jam.

Memetik laporan temubual bersama kakaknya, Sakinab Shah, oleh news.com.au baru-baru ini memberitahu bahawa dia (Kapten Zaharie) tidak pernah sekali-kali pun mengambil ringan mengenai aspek keselamatan penumpangnya, sekaligus memberitahu dunia bahawa Kapten Zaharie merupakan seorang penyayang dan sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

MH370 dilaporkan hilang pada8 Mac 2014 ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kesemua 239 penumpang dipercayai terkorban dan setakat ini, hanya satu cebisan bahagian dari pesawat tersebut telah dijumpai: flaperon di bahagian sayap.

SUMBER TERJEMAHAN: MALAYSIANDIGEST