21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

BUKIT GELUGOR : Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu. Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima. Terdapat tiga pusat mengundi di DUN Paya Terubong, lapan pusat di DUN Air Itam dan enam di DUN Seri Delima. spr1 Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan Kong Min (Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, Sekolah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dan SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad. Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Pinang. Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan. Bagaimanapun, kesemua calon tidak mengundi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh

Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : 17 Pusat Mengundi Dibuka 8 Pagi, Kesemua Calon Tidak Mengundi

GEORGE TOWN: Calon Bebas penuh kontroversi Abu Backer Sidek Mohamad Zan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada saat akhir. Perkara itu diumumkan dihadapan penyokong dan seorang lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar di padang Kampung Melayu Air Itam kira -kira pukul 7.20 malam tadi. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat kerana kecewa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pintu pejabat

Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Abu Backer Tarik Diri

GEORGE TOWN: Pentas kempen Pakatan Pembangkang bagaikan tersasar apabila kepemimpinan pembangkang menggunakannya untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan Umno yang pada realitinya tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor. PRK yang akan berlangsung Ahad ini menyaksikan DAP bukan dicabar BN, sebaliknya Parti Cinta Malaysia serta dua calon Bebas. Tambah menarik apabila ceramah pada malam Khamis itu dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri

Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Muhammad Taib 'Serang' BN

backer cryGEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan mengakui hampir menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media. Ketika ditemui pemberita hampir sejam di lobi sebuah hotel di sini, Abu Backer yang juga seorang peguam menitiskan air mata kerana merajuk dengan media tempatan. "Saya dah merajuk dengan media. Untuk apa saya bertanding jika tiada kebebasan media. Saya bawa isu rakyat tetapi tidak mendapat
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Abu Backer Hampir Tarik Diri, Kecewa Tak Dapat Liputan Media

TELUK INTAN  - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui bahawa beliau masih merupakan seorang peguam namun tidak layak untuk melaksanakan tugas tersebut memandangkan sijil guaman beliau tidak diperbaharui. Beliau berkata sijil guaman beliau tidak diperbaharui di atas faktor beliau mahu terus bergiat aktif dalam dunia politik. "Saya menjadi ahli Majlis Peguam sejak Ogos 2011 dan pernah menjadi rakan kongsi satu firma guaman selama dua tahun

Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Dyana Sofya Bukan Penguam Seperti Yang Beliau Dakwa

10273425_507125609388529_1376018489098467977_nGEORGE TOWN 20 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa telah dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Ianya berikutan tindakan calon bebas itu menahan kereta Mercedes tersebut setelah menunggu pada tempoh masa yang agak lama untuk menemui Setiausaha Agung DAP itu. 10301069_507125649388525_7771294824389612153_n Abu Backer mendakwa telah mengalami kesakitan di bahagian rusuk kanannya akibat kemalangan
Baca Selanjutnya: Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Dilanggar Dihadapan Pejabat DUN Pulau Pinang

IMG-20140517-WA0016Walaupun hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor hanya berlangsung pada 25 Mei ini, namun Parti Cinta Malaysia (PCM) seakan-akan sudah berpesta lebih awal. Seorang penjaja durian yang kebetulan terserempak dengan calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan semalam telah mempromosikan duriannya sebagai durian PCM. Keadaan itu ternyata menarik perhatian Cheng Guan yang bukan sahaja berjabat tangan dengan penjaja tersebut tetapi turut membeli kesemua 14 biji durian yang ada. Pada ketika
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : PCM Berpesta Durian

Lebih banyak artikel..