16
Isn, Sep
0 ARTIKEL BARU

#Hudud :Teguran Hadi Kepada Dyana Tepat, Kata Penganalisis

PRK Teluk Intan
Typography
http://www.youtube.com/watch?v=OeZl_Rw8XYg SHAH ALAM: Tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berhubung isu hudud disifatkan sebagai wajar dan tepat, kata Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed. Malah, menurut penganalisis politik itu, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam seharusnya bertindak sedemikian sekali gus mempertahankan pendiriannya selain tidak bersetuju dengan individu yang cuba memburukkan keadaan. "Saya melihat kenyataan Presiden PAS memang selaras dengan pendirian PAS maknanya kita dapati bahawa PAS dalam banyak perkara memang kita dapati menegaskan bahawa mereka memang berjuang untuk amalkan hudud," katanya kepada Antarapos. "Ada kewajarannya apabila Hadi menegur Dyana terutamanya dalam hal ehwal yang bersangkut paut dengan agama kerana apabila ia datang daripada calon beragama Islam sudah tentulah perlu bagi PAS menegur," katanya. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menegaskan pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejaskan orang lain yang sememangnya jahil mengenai undang-undang Islam itu. Beliau berkata pihak berkenaan perlu tutup mulut sebelum mencelarukan lagi keadaan sedia ada. "Ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan malah ia merosakkan... Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya... Saya tak tuju kepada sesiapa,” kata beliau. Hadi memberi teguran itu selepas Majlis Ulama PAS menegur calon Melayu DAP Dyana Sofya Mohd Daud untuk PRK Teluk Intan kerana menolak pelaksanaan hudud di Malaysia. Pemangku ketua dewan Datuk Ahmad Yokib berkata tindakan Dyana bakal “mengelirukan” masyarakat dalam pilihan raya kecil Teluk Intan. Dalam menolak hudud, Dyana berkata beliau mendokong pendirian DAP bahawa undang-undang syariah itu bertentangan dengan perlembagaan dan tidak sesui dilaksanakan di Malaysia. Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka. Pada 11 Mei lalu PAS menangguhkan rancangan untuk membentangkan rang undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat. PAS juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan. - Antarapos