23
Sab, Mac
0 ARTIKEL BARU

#PRKTelukIntan : Akhirnya Dyana Mengakui Pernah bantu PERKASA

PRK Teluk Intan
Typography
Dyana Sofya Mohd Daud akhirnya mengakui bahawa ibunya Yammy Samat semenangnya pernah terlibat dengan NGO PERKASA. Calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan itu juga mendedahkan, beliau turut membantu ibunya mendaftar anggota PERKASA pada 2008. Beliau juga mengakui bahawa beliau sememangnya individu ditunjukkan dalam satu gambar yang tersebar dalam blog anti-Pakatan Rakyat. Gambar itu menunjukkan beliau membantu Yammy ketika pelancaran laman web PERKASA dan kempen mendaftar anggota NGO tersebut pada 2008. "Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota PERKASA ketika itu, dan saya pula masih belajar,” katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama. Beliau juga berkata, Yammy yang meminta beliau membantunya mengendali pendaftaran tersebut. "Ya, ketika itu beliau terlibat dengan PERKASA tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan PERKASA," katanya lagi. Mengulas mengenai jawatan Yammy dalam PERKASA, beliau berkata ibunya itu hanya bertindak sebagai jawatankuasa penaja. Ibunya meninggalkan PERKASA sebelum mesyuarat agung pertama NGO tersebut. "Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar PERKASA sebelum AGM itu, ibu saya seorang anggota Umno, saya bukan (anggota). "Beliau mungkin terlibat dengan PERKASA, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya. Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai PERKASA, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu. Sementara itu, akhbar kelmarin melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman, mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan PERKASA apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama. Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan. Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli PERKASA.  
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.