23
Sab, Mac
0 ARTIKEL BARU

#PRKTelukIntan : Dyana Lancar Manifesto Memperkasa Kebajikan

PRK Teluk Intan
Typography
TELUK INTAN - Setelah lapan hari berkempen, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini melancarkan manifestonya untuk memperkasakan rakyat Teluk Intan. Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita. “Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat. “Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan belanjawan negara diurus secara berhemah. “Kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak menjanjikan pelbagai pembangunan dan saya akan utarakan kepada Parlimen supaya mereka mengotakan janji-janji mereka itu,” katanya lagi. Antara yang akan diberi tumpuan ialah pembinaan Sekolah Menengah Kampung Bahagia antara salah satu projek yang akan diperjuangkan selepas ianya tergendala sejak tahun 2012 lagi. Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai bentuk pembangunan yang akan dibawa daripada pihaknya pula, calon DAP itu ternyata tidak mempunyai jawapan terhadap persoalan tersebut. “Apa-apa pun kita minta mereka kotakan janji mereka dahulu,” ulasnya ringkas. Dyana Sofya berkata demikian dalam satu sidang media khas pelancaran manifesto parti pembangkang di Teluk Intan, hari ini.