23
Sab, Mac
0 ARTIKEL BARU

RASMI: BN Menang #PRKTelukIntan Dengan Majoriti 238 Undi

PRK Teluk Intan
Typography
IMG-20140530-WA0078

TELUK INTAN : Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tiba dengan 60,349 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 35 Pusat Mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi.

PRK P.76 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud yang mewakili DAP. Setelah lebih 10 hari berkempen, kedua-dua parti dilihat mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi ini.

Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan.

LIVE UPDATE (Klik di sini untuk update terkini)

20.30 Malam : Dengan ini KLXpress manamatkan laporan langsung PRK Teluk Intan. Terima kasih kepada para pembaca dan tahniah kepada calon BN Dato' Mah Siew Keong kerana berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan dari DAP.

19.58 petang : Keputusan tidak rasmi BN Menang 301 Majoriti

19.45 petang : PDM Pasir Bedamar Utara Saluran 6 dihantar semula ke pusat untuk dikira semula.

19.43 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Jalan Speedy BN 256, DAP 429, Rosak 2, Majoriti  DAP Menang 176

19.38 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Jalan Sungai Nibong BN 359, DAP  401, Rosak 3, Majoriti DAP Menang 42

19.37 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Taman Cecily BN 935, DAP 1111, Rosak 26, Majoriti DAP Menang 176

19.35 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Ladang Ulu Bernam BN 338, DAP 122, Rosak 17, Majoriti BN Menang 216

19.33 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Changkat Jong BN 841, DAP 239, Rosak 35, Majoriti BN Menang 602

19.31 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Taman Seri Setia BN 1160, DAP 1440, Rosak 16, Majoriti DAP Menang 280

19.29 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Kampung Selaba BN 1131, DAP 304, Rosak 22, Majoriti BN Menang 827

19.26 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Kg Padang Tembak BN 841, DAP 603, Rosak 20, Majoriti BN Menang 238

19.25 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Ladang Selabak BN 220, DAP 156, Rosak 17, Majoriti BN Menang 64

19.22 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Nova Scotia BN 900, DAP 609, Rosak 31, Majoriti BN Menang 291

19.20 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Jalan Batak Rabit BN 85, DAP 1639, Rosak 19, Majoriti DAP Menang 784.

19.15 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Damai Seri Setia BN 1160, DAP 1440, Rosak 16; Majoriti DAP Menang 280.

19.00 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Jalan Market Baru BN 382, DAP 773, Rosak 9; Majoriti DAP Menang 391. PDM Jalan Market Timur BN 214, DAP 348, Rosak 3; Majoriti DAP Menang 134. PDM Jalan Anson BN 188, DAP 233, Rosak 0; Majoriti DAP Menang 45.PDM Eastern Garden BN 357, DAP 703, Rosak 5; Majoriti 346. PDM Pekan Baru BN 838, DAP 1030, Rosak 16; Majoriti DAP Menang 192.

18.55 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Sungai Suli BN 146, DAP 118, Rosak 2; Majoriti BN Menang 28. PDM Sungai Temah BN 15, DAP 20, Rosak 0; Majoriti DAP Menang  Majoriti 5.

18.45 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Sungai Bugis BN 352, DAP 89, Rosak 8; Majoriti BN Menang 263. PDM Ladang Sungai Samak BN 99, DAP 50, Rosak 5; Majoriti BN Menang 49. PDM Batak Rabit BN 1128, DAP 919, Rosak 21; Majoriti BN Menang 209. PDM Bt 12 Utara BN 605, DAP 540, Rosak 30; Majoriti 65

18.40 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Sungai Tungku BN 185, DAP 74, Rosak 2; Majoriti BN Menang 111. PDM Ladang Sussex BN 147, DAP 63, Rosak 7; BN Menang 84. PDM Kampong Banjar BN 794, DAP 981, Rosak 17; DAP Menang 187.

18.30 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Kampong Sungai Samak BN 486, DAP 186, Rosak 6; Majoriti BN Menang 300 undi. PDM Pasir Bedamar Selatan BN 338, DAP 615, Rosak 0; DAP Menang 277

18.20 petang : Keputusan tidak rasmi : PDM Jalan Laxamana BN 489 DAP 465 Undi Rosak 12; Mojoriti BN Menang 24 Undi. PDM Kampong Baru Ayer Hitam BN 714, DAP 182, Undi Rosak 0; Majoriti BN Menang 526.

17.40 petang : Tidak rasmi jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 40,309/60,349 @ 66.79%. Jumlah keseluruhan bagi DUN ialah DUN Pasir Bedamar 20,[email protected] 65.89% dan DUN Changkat Jong 19,266 @ 66.42%. Bagi PDM yang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi ialah Jalan Canal iaitu 80.39%, manakala PDM yang mencatatkan peratusan terendah ialah Ladang Ulu Bernam iaitu 47.36%.

IMG-20140531-WA0443

17.10 petang : Tepat jam 5.00 petang, semua pusat pembuangan undi ditutup dan SPR akan mula membuat pengiraan undi pada jam 6.00 petang. Sasaran keluar mengundi sebanyak 80% oleh SPR tidak mampu dicapai memandangkan trend keluar mengundi semakin menurun pada sebelah petang.

16.20 petang : Sehingga jam 16.00 petang, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah 38,372/60,349 @63.58 %. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di Jalan Canal iaitu 76.92%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di Ladang Ulu Bernam iaitu 36.01%. Analisis mengikut kawasan DUN mendapati DUN Changkat Jong 18,178/29,006 @ 62.67%, manakala di DUN Pasir Bedamar  19,802/31,343 @ 63.18%.

img1401524541645

16.10 petang : Sempena PRK Teluk Intan, terdapat lima pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan. Namun itu bukan menjadi halangan kepada pasangan terbabit untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Untitled

16.00 petang : Carta di atas menunjukkan trend bilangan keluar mengundi setiap jam. Melihat kepada trend semasa agak sukar untuk mencapai sasaran peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus seperti yang disasarkan oleh SPR. Purata keluar mengundi setiap jam adalah 8.36% dari 8.00 pagi hingga 3.00 ptg.

15. 50 petang : Berlaku provokasi antara penyokong BN dan DAP, yang dicetuskan oleh 6 orang dari kumpulan SAMM. Provokasi bermula selepas Adun Changkat Jong, Dato'Azhar tiba di PDM Batak Rabit dan diejak oleh penyokong DAP sebagai "Dato' Penipu Datang".

15.45 petang :Analisis semasa keluar mengundi hingga jam 15.00 petang mengikut DUN ialah DUN Changkat Jong 16,527/29,006 @ 56.98%, manakala di DUN Pasir Bedamar ialah 18,441/31,343 @ 58.84%.

15.35 petang : Sehingga jam 15.00 petang, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah 35,334/60,349 @ 58.55%. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di Pasir Berdama Barat iaitu 87.48%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di Ladang Ulu Bernam iaitu 36.01%.

15.10 petang : Analisis semasa keluar mengundi hingga jam 14.00 petang mengikut DUN ialah DUN Changkat Jong 15,431/29,006 @ 53.20%, manakala di DUN Pasir Bedamar ialah 16,259/31,343 @ 51.87%.

14.55 petang : Sehingga jam 14.00 tgh hari, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah 32,056/60,349 @53.12 %. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di Kg Selaba iaitu 70.18%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di Sungai Samak iaitu 36.14%.

IMG-20140531-WA0409

14.45 petang : YB Dato' Azeez Rahim mengadakan tinjauan di PDM Nova Scotia. Terkini jumlah keluar mengundi di PDM ini ialah 1162/2249 @ 51.67%.

10325320_809217479090923_1620650464754788251_n

14.35 petang : Isu kangkung masih menjadi modal penyokong DAP menyindir penyokong BN di PDM Kg Bahagia hingga telah menimbulkan kekecohan antara kedua-dua penyokong.

14.25 petang : Terkini peratusan jumlah keluar mengundi ialah 52.95%

14.15 petang : Analisis semasa keluar mengundi hingga jam 13.00 tgh hari mengikut DUN didapati DUN Changkat Jong ialah 13,990/29,006 @ 48.23%,  manakala di DUN Pasir Bedamar ialah 14,274/31,343 @ 45.54%.

13.55 petang : Sehingga jam 13.00 tgh hari, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah 28,630/60,349 @47.44 %. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di Kg Selaba iaitu 66.96%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di Ladang Sungai Samak iaitu 31.58%.

IMG-20140531-WA0388

13.45 petang : Hanya ada 3 orang sahaja jentera BN di Sekolah Rendah St Anthony berbanding 60 orang jentera DAP. Jentera DAP sudah mula mempermainkan dan membuat tindakan provokasi kepada jentera BN.

13.30 petang : Speaker DUN Perak, Dato' SK Devamany meninjau ke PDM Nova Scotia untuk memastikan pengundi kawasan terbabit keluar mengundi.

13.25 tgh hari : Cuaca di PDM Ladang Ulu Bernam hujan lebat. Dijangka ia akan menpengaruhi peratusan keluar mengundi.

13.15 tgh hari : Peratusan rendah keluar mengundi di PDM Ladang Sungai Samak, Nova Scotia dan Ladang Ulu Bernam kerana kebanyakan pengundi masih berada di Estet. Dijangkakan peratusan akan meningkat di sebelah petang selepas pengundi pulang dari Estet. [video width="640" height="352" mp4="http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/6b032400ab9faf68b364346cfa8ddaaa.mp4"][/video]

1.00 tgh hari : PDM Pasir Berdamar Utara. Penyokong BN dan Pembangkang masing-masingn cuba meraih perhatian pengundi, keadaan masih lagi terkawal dan pihak polis kelihatan mengawal keadaan.  

IMG-20140531-WA0356

12.40 tgh hari : Di PDM Batak Rabit, kehadiran pengundi istimewa Amir Johari, 27 tahun bersama pasangannya yang kebetulan melangsungkan perkahwinannya hari ini.

12.30 tgh hari : Sehingga jam 12.00 tgh hari, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah 25,508/60,349 @42.27 %. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di Kg Sungai Samak iaitu 56.83%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di Ladang Sungai Samak iaitu 26.67%.

facebook_-1317421478

12.15 tgh hari : Provokasi kangkung oleh penyokong DAP di PDM Kg Bahagia [video width="640" height="360" mp4="http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/VID-20140531-WA0330.mp4"][/video]

12.10 tgh hari : Calon BN di sambut ketika melakukan tinjauan di PDM Kg Bahagia

12.00 tgh hari : Analisis peratusan keluar mengundi mengikut DUN sehingga jam 11.00 pagi ialah DUN PASIR BEDAMAR 52.39% dan DUN CHANGKAT JONG 47.6%.

11.50 pagi : Di PDM Eastern Garden, bekas exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan MP Seputeh Teressa Kok cuba membuat kekecohan dengan menuduh BN bermain politik kotor.

11.35 pagi : Sehingga jam 11.00 pagi, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah  19,431/60,349 @ 32.20%. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di PDM Pasir Bedamar Barat iaitu 47.12%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di PDM Ladang Sungai Samak iaitu 21.40%.

11.25 pagi : Analisis semasa keluar mengundi hingga jam 10.00 pagi dapati 16 PDM tumpuan di DUN Changkat Jong, purata keluar mengundi ialah sekitar 23.94%, manakala 21PDM tumpuan di DUN Pasir Bedamar purata keluar mengundi ialah sekitar 23.63%.

unnamed

11.15 pagi : Seorang pengundi India Appanah Butchiah , 77, bersama isterinya berkata mereka telah mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong, yang mereka rasa dapat membawa pembangunan ke Teluk Intan.

IMG-20140531-WA0308

11.08 pagi : Kehadiran MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke PDM Batak Rabit disambut dengan laungan "hidup BN"

11.00 pagi : Di PDM Kampong Bahagia penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat. Anggota polis memantau keadaan tersebut.

IMG-20140531-WA0086-2

10.55 pagi : Pasangan pengatin yang akan dinikahkan pada jam 2.00 petang ini  turut tidak melepaskan peluang mengundi di Dewan SK Kg Banjar.

10.40 pagi : Sehingga jam 10.00 pagi, jumlah tidak rasmi keluar mengundi di 37 PDM ialah 14,036/60,349 @ 23.36%. PDM yang tertinggi peratusan keluar mengundi ialah di PDM Jalan Canal iaitu 32.96%, manakala peratusan PDM yang terendah ialah di PDM Ladang Sungai Samak iaitu 15.44%.

IMG-20140531-WA0037

10.30 pagi : Kehadiran Presiden MIC, Dato' G. Palanivel di PDM Nova Scotia di sambut  dengan luangan provokasi "jangan undi Panda" oleh penyokong pembangkang yang diketuai oleh jentera PAS.

IMG-20140531-WA0086

10.20 pagi : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dilihat beramah mesra bersama pengundi Cina di SMK Seri Perak, PDM Taman Cecily. Menurut Dr Zambry, beliau yakin BN mampu memberi kejutan dan merampas kerusi Teluk Intan dari DAP.

IMG-20140531-WA0271

10.10 pagi : Calon BN Dato' Mah Siew Keong melawat serta beramah mesra dengan pengundi di SMK Saint Antony, PDM Jalan Speedy. [video width="640" height="360" mp4="http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/VID-20140531-WA0072.mp4"][/video]

10.05 pagi : Berlaku kekecohan antara penyokong BN dan Pembangkang di SK Kampong Bahagia, kerana provokasi melampau antara kedua-dua penyokong. Pihak Polis berada di lokasi kejadian dan berjaya mententeramkan keadaan.

9.55 pagi : MP Batu Gajah, YB Sivakumar mengarahkan jentera DAP memasang pondok perayu pengundi berdekatan dengan pondok perayu BN di PDM Ladang Sungai Samak. Keadaan ini boleh menimbulkan kekecohan provokasi antara penyokong kedua-dua parti.

9.40 pagi : Calon BN, Dato' Mah Siew Keong dan isteri mengadakan lawatan di PDM Pasir Bedamar Utara setelah selesai membuang undi di SMK Sultan Abdul Aziz di PDM Jalan Batak Rabit Utara.

9.35 pagi : Ketua Wanita Parti Gerakan, Datuk Tian Lian Hoe dilihat bersama-sama dengan pengundi di PDM Jalan Speedy. Sementara itu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Azizi tiba di PDM Kampong Sungai Samak.

9.30 pagi : Jumlah tidak rasmi keluar mengundi sehingga jam 9.00 pagi di 37 Daerah Mengundi ialah 7,309/60,349 @ 12.11%.

9.25 pagi : Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen dilihat bersalaman dengan para pengundi India di PDM Taman Cecily.

IMG-20140531-WA0105

9.10 pagi : Penyanyi Herman Tino dilihat berkempen bersama jentera BN di PDM Kg Baru Ayer Hitam.

9.00 pagi : Jumlah terkini keluar mengundi ialah 2,669/60,349 @ 4.42%

8.55 pagi : Berlaku sedikit kekecohan di PDM Kampong Changkat Jong antara penyokong BN dan Polis kerana berpunca kaunter semak undi berada berdekatan antara BN dan DAP.

IMG-20140531-WA0172

8.50 pagi : YB Dato' Mohammad Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong melawat di PDM Kampong Banjar.

giliran

8.40 pagi : Antara pengundi Teluk Intan yang beratur di luar Pusat Mengundi saluran 3 di SMK Sultan Abdul Aziz.

IMG-20140531-WA0011

8.35 pagi : Pengundi OKU pertama di PDM Jalan Batak Rabit Selatan yang membuang undi. Di PDM Batu 12 Utara pemerhati DAP tidak puashati dengan perayu undi BN kerana berada berdekatan dengan Pusat Pembuangan Undi.

8.30 pagi :Dilihat petugas media berkumpul di PDM Taman Cecily kerana mereka difahamkan calon DAP akan melawat di PDM tersebut.

671a4eef93a3956f6940888d50a72a37

8.20 pagi : Calon DAP iaitu Dyana Sofya bersama Lim Guen Eng tiba di PDM Pasir Berdamar Utara.

IMG-20140531-WA0023

8.15 pagi : Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Noraini Ahmad tiba di Pusat Mengundi Batu 12 Utara. 

8.00 pagiPusat mengundi di 35 lokasi dibuka. Keadaan cuaca di 35 tempat pembuangan undi baik dan dijangkakan pada sebelah petang cuaca mendung.