21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Yang Keliru DAP, Yang Mengeliru DAP

Bahasa Melayu
Typography

MENANGKIS KENYATAAN KOLOT MP STAMPIN YB JULIAN TAN KOK PING TERHADAP KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI PBB, DATO' IDRIS BUANG,

YANG KELIRU DAP, YANG MENGELIRU DAP

Walaupun sudah setengah abad Barisan Nasional memerintah negeri Sarawak. DAP masih juga buta tidak melihat pembangunan yang telah bawa oleh kerajaan. Agak lucu sekali DAP Sarawak yang terpaksa menerima arahan dari Kuala Lumpur menafikan segala usaha kerajaan negeri yang telah berjaya memikul tanggungjawab membela rakyat dari bandar ke ceruk desa. 

Walaupun kita akui ianya belum mencukupi tetapi setiap perancangan memakan masa yang lama dengan perancangan yang sistematik dan BN negeri yang memerintah mempunyai dasar dasar tertentu untuk membawa pembangunan demi kesejahteraan rakyat. 

Pemimpinan YAB Tan Sri Adenan Satem sejak 2 tahun yang lepas telah banyak melancarkan polisi yang pro rakyat. 50 inisiatif dan tindakkan telah dan dalam perlaksanaan. Ini membukti DAP Sarawak sentiasa dalam Denial Mode. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa DAP Sarawak dan golongan yang sewaktu dengannya seperti kata TS Adenan, ada mata, buta. Ada telinga, pekak. Ada mulut, memfitnah!

Melucukan lagi DAP Sarawak dengan angkuh mengatakan ianya juara seperti dilaporkan dalam media roketkini.com - " Selama ini DAP terus menjuarai isu-isu melibatkan pembelaan terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat Sarawak khususnya mereka di luar bandar,” kata YB Julian Tan Kok Ping, MP Stampin dalam satu kenyataan.

Bagi DAP, projek Impian Sarawak adalah satu yang amat membanggakan. Bagi kita, projek Impian Sarawak hanya sekadar satu "stage show" untuk mencuri tumpuan dan boleh dimomokkan sebagai seekor ayam yang bertelor sebiji, riuh sekampong!! Projek diantaranya memasang saluran paip begitu mega bagi DAP untuk memancing undi rakyat di luar bandar. Lagi pun ianya begitu selektif dan hanya dilaksanakan ditempat di mana ada ahli ahlinya.

 Akan tetapi bila kerajaan BN Sarawak mengumumkan tambahan peruntukkan dana RM500 juta dari kerajaan pusat untuk tujuan mentransformasikan luar bandar, DAP merasa gerun. Dengan satu dana yang begitu besar, sudah pasti sebiji telur DAP itu mungkin segan untuk menetas. Chong Chieng Jen merungut, menolak untuk mengundi peruntukan tambahan itu. Ini berlaku di sidang DUN, April 2015. 

Jelas sekali, DAP hanya memikirkan undi rakyat luar bandar untuk menguatkan kedudukanya dalam Pakatan walaupun menyakiti PKR, rakan seperjuangan.

Persepsi rakyat Cina dibandar besar dan sub-bandar telah berubah angin kepada pimpinan CM Adenan dengan pendekatan beliau yang menyentuh hati dan buah fikiran rakyat. Setiap polisi yang diubah telah menyakinkan hatibudi rakyat bahawa Adenan Satem lah seorang yang datang tepat pada waktunya dimana rakyat memerlukan satu kepimpinan yang berani dan tegas. Ianya pula harus disokong dan diterjemahkan pada undi BN akan datang.

Ketika pengundi dirasai beralih angin, DAP Sarawak memilih jalan singkat mencaci, menghasut dan memfitnah dan memutar belit kenyataan Ahli Majlis Tertinggi PBB, Dato' Idris Buang sebagai satu senjata ampuh. Ini terbukti di PRN yang lalu DAP menggunakan taktik yang sama berdasarkan pada pembohongan dan fitnah.

Dakwaan DAP Sarawak bahawa kejerapan PM Najib ke Sarawak tidak bermakna. Ingin kita tekankan disini semenjak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri, beliau bersetuju untuk dibina sebuah rangkaian lebuhraya terpanjang di Sarawak, yakni Pan Borneo yang menelan belanja RM16.1 Billion dan memakan masa 6-7 tahun untuk disiapkan. 

Adakah DAP Sarawak menolak pembangunan mega dan canggih ini yang akan membawa kepada ketumbuhan ekonomi pada rakyat Sarawak? Butakah DAP Sarawak bila membentang Bajet 2016 yang memberi fokus pada pembangunan LUAR bandar Sabah dan Sarawak? Buta dan bodohkah DAP yang tidak dapat menerima hakikat GSTlah yang akan menyelamatkan negara dari segenap aspek ekonomi? Fahamkah DAP bahawa tuntutan royalti minyak telah dibincang dan akan disambung perbincangannya pada fasa ketiga perbincangan secara holistik antara kerajaan negeri dan pusat?

Mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6billion, Dap sering berborak katanya mereka sentiasa berpegang kepada prinsip telus dan berakauntabiliti. Namun apabila sesuatu dasar itu dilihat mampu mengganggu-gugat kedudukan parti, mereka terus melakukan sesuatu yang bertentangan. Sikap hipokrit Dap jelas terlihat apabila mereka tetap tidak bersetuju dengan ulangan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai peraturan yang menghendaki setiap parti politik mendedahkan sumber dana yang diterima.

Dahulu mereka cukup kecoh meminta Perdana Menteri mendedahkan sumber dana sumbangan yang diterima, tetapi menikus dan mencari pelbagai alasan apabila mereka juga disuruh membuat perkara sama. Jika Dap benar-benar telus dan ikhlas, pasti mereka menerima cadangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah memberikan jaminan akan mendedahkannya dengan syarat parti pembangkang juga bersetuju berbuat demikian.

Dengan itu kita merasa tohmahan MP Julian Tan Kok Ping terhadap kenyataan Dato' Idris Buang sungguh lemah, tidak sanggup menerima kebenaran dan ketinggalan waktu.

DAP Sarawak mengatakan bahawa mereka mahu sebuah negeri autonomi, autonomi dari Kerajaan Persekutuan. Adalah diakui bahawa Sarawak tidak mempunyai tahap autonomi tertentu, namun ianya masih belum cukup kerana ianya hanya meliputi autonomi pentadbiran, bukannya autonomi sebenar.

Lihatlah. Selepas memecah-belahkan PAS, mereka cuba memecah-belahkan UMNO, dan sekarang mereka mahu mecah-belahkan Malaysia pula. DAP mahu melihat Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri sendiri, sama seperti Singapura. Dan mereka hairan, mengapa orang-orang Melayu begitu takutkan DAP.

Apakah autonomi pentadbiran dan autonomi secara penuh ini sebenarnya? Ia boleh disifatkan sebagai kita yang tidak mempunyai sebarang hubungan seksual, atau sekadar tidur bersama-sama namun hanya melakukan seks secara oral. Dan seks oral ini hanyalah sebahagian dari seks, namun bukanlah seks yang sebenar. Tidak kiralah bahagian mana yang anda usik, atau sentuh. Seks adalah seks.

Apa yang lebih penting, ketika DAP Sarawak berpura-pura seolah-olah mereka sedang berjuang untuk kuasa autonomi sebenar terhadap negeri tersebut, tidak kiralah apa sahaja maksudnya, ia langsung tidak menunjukkan bahawa DAP Sarawak sendiri bersifat autonomi terhadap DAP pusat. Setiap kata-kata, dan tindakan yang dibuat adalah berdasarkan apa yang diputuskan oleh DAP pusat.

Sebelum DAP Sarawak bercakap mengenai autonomi sebenar untuk negeri tersebut, mereka sepatutnya berjuang untuk mendapatkan autonomi DAP Sarawak terlebih dahulu. Para pemimpin DAP Sarawak sendiri mempunyai kuasa autonomi yang sangat sedikit kerana hakikatnya, calon-calon untuk kerusi yang akan di pertandingkan pada Pilihanraya Negeri nanti pun telah siap ditentukan oleh DAP pusat.