24
Sab, Ogs
0 ARTIKEL BARU

TUMPUAN seluruh rakyat Malaysia hari ini pastinya terarah di DUN Rantau untuk menyaksikan siapa yang bakal diangkat sebagai wakil rakyat baharu di kawasan berkenaan.

Selepas tamatnya kempen selama 14 hari, keputusan kini hanya boleh ditentukan oleh 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, empat orang pengundi tidak hadir luar negara dan selebihnya 118 pengundi awal dengan lapan daripadanya mengundi secara pos.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN yang diwakili oleh Datuk Seri Mohamad Hasan; PH diwakili oleh Dr S Streram serta dua calon Bebas, R Malar dan Mohd Nor Yassin.

Namun realitinya, pertandingan kali ini hanya membabitkan pertembungan antara Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat dan Streram, manakala dua lagi calon hanya sekadar 'penghias' kempen.

Berdasarkan pemerhatian penulis, Tok Mat lebih menyerlah berbanding Streram yang terlebih dahulu dihimpit kontroversi apabila dirinya dianggap orang luar sehingga ditolak oleh penyokong PH sendiri.

Selain kelebihan anak tempatan dan bergelar ADUN Rantau selama tiga penggal, Tok Mat yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pastinya mempunyai

Baca Selanjutnya: Realiti dan harapan di PRK Rantau

SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan PRK DUN Rantau akan diketahui sebelum jam 10 malam esok.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kelancaran proses pengiraan undi bagi dua PRK terdahulu.

"Seperti biasa keputusan mungkin dapat diketahui pada atau sebelum jam 10 malam esok.

"Mungkin juga sedikit awal seperti mana PRK Cameron Highlands dan Semenyih sebelum ini," katanya pada sidang media ketika hadir membuat semakan isi peti undi

Baca Selanjutnya: Keputusan PRK DUN Rantau sebelum jam 10 malam esok