21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

147 Fakir Miskin, Muallaf Terima Zakat Dari Pusat Zakat Sabah

Bahasa Melayu
Typography

BONGAWAN - Seramai 47 orang fakir miskin dan muallaf dari Kampung Seri Serbang dekat sini, menerima zakat daripada Pusat Zakat Sabah (PZS).

Majlis penyampaiannya disempurnakan oleh Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MAHEANS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Surau Al-Hidayah di sini.

Hadir sama Pengurus Kumpulan YS Zon Pantai Barat Selatan, Zulkhairy Ismail; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bongawan, Mohd Saidin Ibrahim, Ketua Daerah Papar (OKK), Haji Maidin Budin, dan Pengerusi Surau merangkap Ketua Anak Negeri (KAN), Ag. Abas Pg. Latif.

Selepas selesai berbuka dan mengimamkan solat Maghrib bersama jemaah umat Islam di Kampung Seri Serbang, beliau bergerak ke Kampung Seladan untuk menyampaikan keperluan surau di situ.

Ziarah Ramadan yang masuk hari kesembilan diteruskan ke Surau Kampung Sinar Baru Kimanis untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama jemaah Islam di sini dan sempat singgah meluangkan masa moreh bersama jemaah di Surau Kampung Gadong.

 

THE NEW SABAH TIMES