21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Pilihanraya Pulau Pinang Tak Akan Ubah Nasib Guan Eng

Bahasa Melayu
Typography

Rasanya DAP ini dok fikir yang jika dorang adakan pilihanraya tergempar pasti akan dapat ‘membersihkan’ nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang konon menjadi mangsa kepada pendakwaan politik.

Padahal dorang tak tahu yang Dewan Undangan Negeri (DUN) langsung takde kaitan dengan salah laku Guan Eng… sebaliknya kalau dorang bertekad mahu gubar semula, ia langsung tidak akan mengubah nasib Guan Eng serta keputusan mahkamah.

Bukan tu je… Silap hari bulan undi yang diberikan oleh rakyat hanya sekadar simpati semata-mata. Persoalannya sekarang ni berjaya atau terkubur usaha mereka semua tu?? Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan raya mengejut itu hanya bagi meraih undi penyokong Barisan Nasional (BN) yang marah dengan penahanan Ketua Menteri sebelum ini.

Pengarah Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin akan ada sedikit kelebihan sebab dapat raih undi penyokong BN yang sedang marah. Tapi korang pernah fikir tak?? BN pernah ke bubar DUN kalau pemimpin dorang kena heret ke mahkamah? Takde bebbb!

“Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa,” katanya.

Walau apa pun usaha mereka bagi menutup kesalahan Guan Eng di mata rakyat… ia sikit pun tak ubah pendakwaan terhadapnya. Sia-sia je korang berkorban harta, wang ringgit dan tenaga untuk Guan Eng, sebab semua kebenaran akan dibawa ke mahkamah nanti. Tak payah nak selindung sangat la.-UtaraNews