02
Kha, Apr
8 ARTIKEL BARU

PERKATAAN COVID-19 adalah satu perkataan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia mahupun dunia. COVID-19 pada ketika ini, telah mencatatkan sebanyak 1,183 kes secara keseluruhan setakat jam 3.00 petang ini. Seperti negara-negara yang lain, Malaysia juga sedang bertungkus lumus dalam memerangi virus ini daripada terus tersebar.

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, COVID-19 telah mengubah cara kita berinteraksi, cara berkerja dan cara pembelajaran juga turut berubah. COVID-19 ini juga telah mengubah cara teknologi dron berfungsi. Seperti yang umum sedia maklum, teknologi dron pada saat ini, masih lagi di dalam proses perkembangan untuk digunakan demi kebaikan sejagat.

Situasi COVID-19 yang berlaku, telah memaksa beberapa negara menggunakan teknologi dron ini secara maksima. Antara kegunaan tersebut adalah:

Semburan udara dan pembasmi kuman

Semburan udara dan pembasmian kuman ini bertujuan untuk membersihkan kawasan-kawasan dan juga persekitaran udara yang berkemungkinan mempunyai sisa virus yang tertinggal. Virus Corona  ini mempunyai kemampuan bertahan di dalam udara dan juga permukaan objek dalam beberapa tempoh.

Menurut Justin Gong, iaitu antara pengasas bersama XAG

Baca Selanjutnya: Teknologi dron dalam membantu melawan COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid-19 seperti selesema atau batuk.

"Saya ingin memberi penekanan di sini sekali lagi, penutup mulut dan hidung adalah untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika mereka berhadapan dengan pesakit.

"Di khalayak ramai, anda tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut melainkan jika anda mempunyai simptom hidung berair atau batuk, jadi

Baca Selanjutnya: Noor Hisham: Tak perlu pakai penutup mulut jika tiada simptom

SEORANG ahli PAN kirim ucapan saya yang kata dekat Umno dahulu. Saya kata banyak lagi yang saya kata dekat Umno. Pergi cari lagi dan himpun buat koleksi kemudian sebar. Kemudian jumpa ‘Abang Long’ minta upah dan bawa bukti sekali, kalau tidak, soru miss.

Taktik ini sudah dijangka bagi parti yang bankrap idea. Untuk orang PAS, mereka edar ucapan pemimpin Umno yang kata kepada PAS untuk timbul keraguan sesama sendiri.

Inilah modal puak-puak PAN dan PH. Hendak tarik orang dengan cara lain tidak

Baca Selanjutnya: Taktik lama pecah muafakat PAS-Umno

SHAH ALAM - Ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berkemungkinan menggunakan pasport dari Thailand, Australia dan New Zealand untuk mengelakkan dirinya daripada diketahui pihak berkuasa tentang keberadaannya.

Menurut The Star Online, berikutan itu pihak berkuasa Malaysia dikatakan sedang meneliti kemungkinan berkenaan.

“Tindakan itu dibuat selepas kedua-dua pasport yang dimiliki Jho Low dari Malaysia dan St Kitts and Nevis telah

Baca Selanjutnya: Jho Low mungkin miliki pasport, Thai, Australia, New Zealand

PEMBELIAN panik oleh pengguna Malaysia berikutan fobia terhadap wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari menyebabkan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian digantung sementara waktu.

Pembelian panik bermula pada Ahad lalu, sehari sebelum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah itu mulai 18 hingga 31 Mac.

Pasar raya tempatan merekodkan lonjakan dalam pesanan, menyebabkan mereka menggantung perkhidmatan penghantaran dalam talian buat

Baca Selanjutnya: Covid-19: Pembelian 'online' melonjak

Bukit Aman menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memburu mereka yang terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya sehingga menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun, berkata pasukan itu akan membantu polis Selangor dalam usaha memburu mereka yang dikehedaki terbabit dalam insiden berkenaan.

Pasukan itu juga akan menyiasat kumpulan yang melakukan rusuhan di syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd

Baca Selanjutnya: Pasukan petugas khas buru perusuh

Mahkamah Sesyen Kangar mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim selepas beliau gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan jenayah hari ini.

Waran tangkap itu dikeluarkan hakim Johari Abu Hassan selepas beliau menerima permohonan timbalan pendakwa raya, Mohd Nordin Ismail.

Menurut laporan Utusan Online peguam bela Shahidan, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim berkata pihaknya akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan waran

Baca Selanjutnya: Waran tangkap buat Shahidan

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori