KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya skim yang akan bermula pada Januari 2019 itu merupakan hasil usaha sama kerajaan dan syarikat insurans swasta.
Beliau berkata skim itu menyediakan perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.
“Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum sebanyak RM2 bilion dalam dana permulaan yang akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.
“Kerajaan menjangkakan saiz dana akan berkembang dengan penglibatan syarikat insurans lain,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Lim berkata pada belanjawan kali ini, kerajaan memperuntukkan hampir RM29 bilion bagi perkhidmatan kesihatan, iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding belanjawan lalu.
Katanya peruntukan itu termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik