Kuala Lumpur: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun tahun lalu, dibuka semula.
Difahamkan, pasukan penyiasat sudah melengkapkan siasatan mereka terhadap isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu, baru-baru ini.
Malah, pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah sejak tiga bulan lalu sejurus kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan siasatan khusus itu menjurus kepada dakwaan sumber dana mencurigakan mengaitkan suaminya yang sebelum ini menemui jalan buntu.
Rosmah pernah disoal siasat lebih tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jun lalu.
Difahamkan, soal siasat itu berkaitan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
Najib sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan mengikut Akta SPRM 2009 membabitkan wang berjumlah RM42