05
Ahd, Apr
8 ARTIKEL BARU

JASIN - Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membuat laporan palsu menyatakan dirinya disamun.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, lelaki berkenaan, seorang penyelenggara alat penghawa dingin ditahan ketika tampil ke Balai Polis Sungai Rambai, petang semalam.

“Pada jam 7 petang semalam pengadu telah datang ke Balai Polis Sungai Rambai bersama abangnya mendakwa kononnya dia disamun dua lelaki bertopeng ketika berada seorang diri di rumahnya di alamat Taman Chempaka, Sungai Rambai, Jasin, Melaka, pada 17 September lalu.

“Dia mendakwa dua lelaki bertopeng itu telah mengikat dan menutup mulutnya dengan pita pelekat serta melarikan wang tunai berjumlah RM140,” katanya.

Menurut Arshad, siasatan lanjut pihak polis akhirnya mendedahkan pengadu telah membuat laporan palsu disebabkan wang yang diberikan oleh abangnya telah dihabiskan untuk kegunaan sendiri.

“Semakan lanjut juga mendapati pengadu mempunyai satu kes rekod lampau di bawah penyalahgunaan dadah.

“Pengadu juga sanggup membeli tali dan pita pelekat di kedai berhampiran untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku,” katanya.

Jelasnya lagi, ini bukanlah kejadian yang

Baca Selanjutnya: Konon kena samun, rupa-rupaya...

PENGKALAN HULU - Dua lelaki maut apabila lori yang dinaiki terhumban ke dalam gaung di Jalan Pengkalan Hulu - Gerik di Bukit Gunung Paku di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Ikhmal Sharul Anuar, 20, maut akibat tercampak keluar dari lori bermuatan sekam padi.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa belum dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, D Sivamani berkata, 10

Baca Selanjutnya: 2 maut terhumban dalam gaung

NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengenal pasti lokasi sebenar ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan lokasi itu atas faktor keselamatan.

“Pihak PDRM perlu berbincang dengan pihak berkuasa negara terlibat kerana ia melibatkan kedaulatan negara berkenaan.

“Kita tidak boleh sesuka hati

Baca Selanjutnya: PDRM sudah kenal pasti lokasi Jho Low

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA: Kerajaan berpendirian bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan pada tahun lalu, adalah sah dan berperlembagaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, berkata persoalan rujukan dikemukakan Badan

Baca Selanjutnya: Pelantikan Raus dan Zulkefli sah

AKMAL AZIZ

KUALA LUMPUR - Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya pada Jun lalu telah dibebaskan selepas tempoh tahanan remannya tamat hari ini.

Wanita berkenaan, Samirah Muzaffar, 43, yang sebelum ini disambung reman selama tiga hari bermula Selasa lalu sehingga hari ini telah dibebaskan kira-kira pukul 9.05 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini.

Terdahulu, Samirah direman polis

Baca Selanjutnya: Isteri CEO Cradle Fund dibebaskan

Oleh Norhafzan Jaafar & Suhaila Ali
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada peringkat akhir merumuskan cadangan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum diserahkan kepada Jemaah Menteri.

Kabinet akan berbincang dan memutuskan sama ada cadangan itu akan dibentangkan dalam sidang Parlimen bermula pertengahan bulan

Baca Selanjutnya: Jemaah Menteri putuskan mansuh SOSMA

KUALA LUMPUR: Bintang realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian, kini merupakan selebriti terbaru yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, yang sedang diburu polis.

Menurut laporan antarabangsa, Jho Low pernah menghadiahkan sebuah kereta Ferrari putih kepada Kim dan pemain bola keranjang, Kris Humphries, sebagai hadiah perkahwinan mereka pada 2011.

Kereta tersebut dilaporkan bernilai AS$325,000 (sekitar RM1.3 juta).

Menurut laporan, Jho Low hadir di majlis

Baca Selanjutnya: Jho Low hadiahkan Kim Kardashian Ferrari bernilai RM1.3 juta

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori