PUTRAJAYA: Kerajaan berpendirian bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan pada tahun lalu, adalah sah dan berperlembagaan.
Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, berkata persoalan rujukan dikemukakan Badan Peguam bagi mencabar pelantikan kedua-dua hakim kanan berkenaan kini bersifat akademik.
Menurut Suzana, ia adalah berdasarkan perkembangan terbaru bahawa Raus dan Zulkefli sudah melepaskan jawatan masing-masing pada 11 Julai lalu.
Suzana berkata demikian pada prosiding klarifikasi di hadapan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan bagi menjawab persoalan undang-undang sama ada pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan untuk menjawat jawatan masing-masing, adalah berperlembagaan.
Sementara itu, Peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Badan Peguam berkata, pihaknya mengambil pendirian bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan itu tidak bersifat akademik walaupun kedua-dua hakim