17
Sel, Sep
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan media antarabangsa yang melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Rasuah'.

Najib berkata, jika dakwaan itu benar, Malaysia sudah pasti berada pada kedudukan tercorot dalam Indeks Transparency International.

"Ketika ini Malaysia berada pada kedudukan 50 daripada 175 negara, meningkat tiga tempat daripada tahun sebelumnya. Jika kita negara paling korup, kenapa kita tidak berada hampir dengan kedudukan 175?

"Saya sedar mengenai dakwaan itu. Bagaimanapun ia diperoleh daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Sebahagian daripada kita bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan oleh kumpulan bebas," katanya dalam jawapan kepada 13 perkara yang dibangkitkan pihak tertentu, di laman web rasminya, NajibRazak.com.

Najib turut menyatakan kebimbangannya kepada kelompok individu yang pernah mengkritik media Barat sebagai berat sebelah tetapi kini tiba-tiba mempercayai laporan berkenaan dan mengambil hujah mereka sebagai kebenaran.

Katanya, Transparency International mengulangi bahawa rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing adalah buktinya manakala Indeks Kebebasan Ekonomi 2015

Baca Selanjutnya: NAJIB TOLAK MALAYSIA 'NEGARA PALING RASUAH'

KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin Mulia malam ini menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah

Baca Selanjutnya: PANDIKAR NAFI LETAK JAWATAN SPEAKER DEWAN RAKYAT

KLANG - Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Apa yang penting, untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik untuk rakyat," katanya pada majlis 'Sepetang bersama Perdana Menteri' anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor di sini

Baca Selanjutnya: NAJIB : SETIAP PERDANA MENTERI LAKUKAN TERBAIK UNTUK NEGARA

JITRA - Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405

Baca Selanjutnya: TPM : KERAJAAN SETUJU TAMBAH ELAUN PENGETUA, GURU BESAR

JERANTUT - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi mengenal pasti kawasan yang kadar penembusan jalur lebar masih lemah, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, ini bagi memastikan penduduk di kawasan berkenaan mendapat akses internet dan talian telefon mudah alih yang lebih cekap.

Katanya, terdapat kawasan pedalaman dan kampung-kampung yang isyarat jalur lebar masih lemah dan ini menyukarkan mereka untuk

Baca Selanjutnya: SIRI JELAJAH KKMM KESAN KAWASAN LEMAH ISYARAT JALUR LEBAR

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan menjadikan rakyat malas, tetapi merupakan jaringan sosial dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat.

Menerusi BR1M, kerajaan berharap dapat meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup termasuk ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

‘‘BR1M bertujuan membantu golongan susah dengan memindahkan sebahagian

Baca Selanjutnya: NAJIB : BR1M BUKAN MALASKAN RAKYAT

JITRA - Pendidikan moral dan akhlak perlu menjadi urusan utama pendidikan negara dalam usaha melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan negara.

"Hal ini boleh direalisasikan sekiranya guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam

Baca Selanjutnya: MUHYIDDIN : PENDIDIKAN MORAL DAN PEMBENTUKAN AKHLAK JADI URUSAN UTAMA PENDIDIKAN NEGARA

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori