24
Sab, Ogs
0 ARTIKEL BARU

MIRI - Tiada tindakan akan dikenakan terhadap Menteri Muda Sarawak yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, buat masa sekarang, menteri muda itu akan dikekalkan dalam barisan kabinet negeri kerana siasatan masih berjalan dan adalah tidak adil mengambil tindakan kerana undang-undang menetapkan seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Individu ini (menteri muda) belum lagi didakwa di mahkamah bagaimana anda berkata dia bersalah, biarlah mahkamah yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama masyarakat Orang Ulu di sini hari ini.

Pada Rabu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah mendedahkan SPRM membekukan beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik menteri muda itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Jamidan berkata, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat

Baca Selanjutnya: MENTERI MUDA SARAWAK KINI DALAM SIASATAN DAN BELUM DISABITKAN KESALAHAN

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meluaskan definisi rogol agar ia turut meliputi perbuatan memasukkan sebarang objek atau sebahagian anggota tubuh selain zakar ke dalam faraj, kata Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim.

Kementerian telah memulakan perbincangan dengan pegawai daripada Kementerian Kesihatan mengenai cadangan membuat pindaan terhadap Kanun Keseksaan berhubung definisi rogol.

Ini susulan daripada kes terbaru di Sibu, Sarawak

Baca Selanjutnya: ROHANI : DEFINISI ROGOL AKAN DIPERLUASKAN

KOTA BHARU - Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak menghormati sensitiviti serta perjuangan PAS apabila ‘mengajar’ dan ‘menyanggah’ pelaksanaan hukum hudud di negeri ini dianggap amat melampau, sekali gus mencerminkan akhlak sebenar pemimpin DAP itu.

Penegasan itu dinyatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sambil menyifatkan tindak-tanduk pemimpin DAP itu telah melukakan hati pemimpin serta rakyat di negeri ini yang sekian lama menantikan pelaksanaan undang-undang Islam

Baca Selanjutnya: HARON DIN : TINDAKAN KIT SIANG MELAMPAU

  KANGAR: Mulai sekarang, semua penceramah dari luar Perlis yang dijemput untuk memberi cermah di negeri ini, perlu mendapat kebenaran bertulis Jabatan Mufti Perlis terlebih dahulu. Menurut surat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Mel Perlu ayu Perlis (MAIPs) yang difaks kepada Bernama pada hari ini, kebenaran itu harus dipohon selewat-lewatnya seminggu sebelum program diadakan. Surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin itu diedarkan kepada semua ketua

Baca Selanjutnya: Ceramah Di Perlis Mesti Dapat Kebenaran Jabatan Mufti

JOHOR BAHRU - Keperluan rakyat terutama projek pembinaan rumah rakyat akan terus menjadi agenda utama kerajaan seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ia selaras dengan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menjadikannya antara keutamaan tertinggi yang diperjuangkan kerajaan.

"Projek Perumahan Rakyat ini akan terus menjadi keutamaan kerajaan BN," katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan

Baca Selanjutnya: NAJIB : PROJEK PERUMAHAN RUMAH RAKYAT JADI AGENDA UTAMA KERAJAAN

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut hari lahirnya hari ini (semalam).

"Selamat Hari Lahir TS (Tan Sri) @MuhyiddinYassin.

"Semoga Allah panjangkan umur dan memberkati usaha bersama membangunkan negara," tweet Najib dalam laman Twitternya hari ini.

Catatan Najib itu kemudian ditweet semula oleh beberapa pengikutnya di laman media sosial itu yang turut memberikan ucapan sama kepada

Baca Selanjutnya: NAJIB UCAP SELAMAT HARI LAHIR KEPADA TIMBALANNYA

PUTRAJAYA: Laporan awal nahas helikopter di Semenyih mendapati pesawat mengalami kerosakan pada sirip pengimbang kiri selepas mendarat di sebuah sekolah di Muadzam Shah, Pahang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.

Beliau berkata, hasil siasatan di kawasan pendaratan terakhir sebelum kemalangan yang berlaku pada 4 April lepas, mendedahkan masalah roda pendaratan kiri yang terbenam ke dalam tanah lembab ketika mendarat di padang bola sepak, Sekolah Kebangsaan Ladang

Baca Selanjutnya: Nahas Semenyih : Sirip Pengimbang Kiri Helikopter Rosak - Liow

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori