24
Sab, Ogs
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Pusat bedah siasat mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) di Hilversum, Belanda mengenalpasti lagi satu mayat, semalam. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mayat yang dikenalpasti adalah Muhammad Afruz Tambi, 13 iaitu anak bongsu kepada keluarga Tambi Jiee yang turut terkorban dalam nahas berkenaan. “Pakar forensik di Hilversum sudah mengenalpasti identiti Muhammad Afruz menjadikan kesemua enam ahli keluarga itu sudah ditemui dan lima daripadanya sudah dibawa pulang sebelum ini”. “Namun, pusat bedah siasat Hilversum masih belum dapat mengeluarkan mayat mangsa (Muhammad Afruz) dari pusat itu”, katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Maritim Sedunia 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi. Menurut Tiong Lai lagi, masih ada dua lagi mayat mangsa MH17 warganegara Malaysia yang masih belum dikenalpasti iaitu nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Siti Amirah Prawira Kusuma, 83 tahun dan Sherlina Zaini Dewa, 45. “Kita berharap pusat bedah siasat Hilversum dapat mempercepatkan proses mengenalpasti 2 lagi jenazah bagi membawa mereka mangsa pulang ke negara ini untuk disemadikan”

Baca Selanjutnya: MH17 : Jenazah Ahli Keluarga Tambi Jiee Terakhir Dikenalpasti

Beberapa lagi mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas proses pengecaman dilakukan di Amsterdam, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, selepas disahkan pihak berkuasa di Netherlands, jenazah rakyat Malaysia berkenaan akan dibawa pulang ke tanah air. "Jenazah mereka akan dikembalikan (ke Malaysia dalam tempoh yang akan ditetapkan). Di Amsterdam, ada beberapa lagi jenazah belum

Baca Selanjutnya: Beberapa Lagi Mayat Rakyat Malaysia Dikenal Pasti

A Malaysian expert examines a black box belonging to Malaysia Airlines MH17 during its handover from pro-Russian separatists, in Donetsk SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan siasatan awal nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan diketahui bulan ini. Bagaimanapun tiada tarikh khusus bilakah laporan itu dapat didedahkan kepada umum. Ini kerana, laporan tersebut akan diperoleh dari pasukan penyiasatan belanda dan Kerajaan Malaysia perlu menunggu ia diserahkan selengkapnya. “Menurut daripada laporan awal pada pasukan penyiasatan Belanda memberitahu kita boleh mengumumkan siasatan awal
Baca Selanjutnya: Laporan Kotak Hitam MH17 Akan Didedahkan

IMG-20140824-WA0019 Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah penyelia penerbangan kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar di Masjid Taman Indah, Ampang hari ini. Jenazah Allahyarham yang dibawa ke masjid itu pada 10.14 pagi dari kediamannya di Taman Bukit Indah, disambut beberapa anggota 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diusung beberapa kakitangan MAS dan disembahyangkan pada 10.28 pagi. Dua orang anaknya Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa
Baca Selanjutnya: Lebih 1000 Jemaah Hadir Solat Jenazah Mohd Ghafar

2014-09-02 09.16.44 SEPANG: Keranda jenazah juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin adalah yang pertama diturunkan dari pesawat MH19 yang tiba dari Amsterdam, pagi ini, sebelum jenazah dibawa masuk ke kenderaan jenazah. Jenazah Wan Amran adalah antara sembilan jenazah yang tiba di tanah air yang diberi penghormatan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Berikut senarai sembilan jenazah yang selamat tiba hari ini. Warga Malaysia: 1)
Baca Selanjutnya: Keranda Kapten Wan Amran Wan Hussin Pertama Diturunkan

MALAYSIA-RUSSIA-UKRAINE-CRISIS-AVIATION-REMAINS Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyatakan bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 September dijangka melibatkan 9 jenazah termasuk 2 warga asing. Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menerima 9 mangsa tragedi itu termasuk 5 jenazah dalam keranda dan 4 abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumi dan disemadikan, katanya. "Setakat ini, 9 jenazah yang berkemungkinan besar akan
Baca Selanjutnya: MH17: 9 Lagi Jenazah Dijangka Tiba 2 September Ini

anak_mastura Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan. Lebih sayu apabila melihat anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi berumur 10 tahun yang ternyata sangat merindui arwah ibunya. Ahmad Saifuddin Yusof turut berkongsi rasa yang sama sebaik sahaja melihat gambar-gambar anak arwah di Facebook. Beliau menitipkan 10 pesanan buat adik Muhriz Marzaidi. Beliau amat berharap supaya pesanan ini dapat dibaca oleh
Baca Selanjutnya: Pesanan Buat Adik Muhriz Marzaidi, Anak Mastura Mustafa

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori