07
Sel, Jul
0 ARTIKEL BARU

2014-09-02 09.16.44 SEPANG: Keranda jenazah juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin adalah yang pertama diturunkan dari pesawat MH19 yang tiba dari Amsterdam, pagi ini, sebelum jenazah dibawa masuk ke kenderaan jenazah. Jenazah Wan Amran adalah antara sembilan jenazah yang tiba di tanah air yang diberi penghormatan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Berikut senarai sembilan jenazah yang selamat tiba hari ini. Warga Malaysia: 1) Kapt Wan Amran Wan Hussin (L) 2) Subashni Jretnam (P) 3) Kaelamayajay Goes (P) 4) Kapt Eugene Choo Jin Leong (L) 5) Sanjid Singh Sandhu (L) 6) Muhd Firdaus Abdul Rahim (L) 7) Loh Yan Hwa (P) Warga Belanda: 1) Paul Goes (L) 2) Fan Shun Po (L)

A Malaysian expert examines a black box belonging to Malaysia Airlines MH17 during its handover from pro-Russian separatists, in Donetsk SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan siasatan awal nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan diketahui bulan ini. Bagaimanapun tiada tarikh khusus bilakah laporan itu dapat didedahkan kepada umum. Ini kerana, laporan tersebut akan diperoleh dari pasukan penyiasatan belanda dan Kerajaan Malaysia perlu menunggu ia diserahkan selengkapnya. “Menurut daripada laporan awal pada pasukan penyiasatan Belanda memberitahu kita boleh mengumumkan siasatan awal
Baca Selanjutnya: Laporan Kotak Hitam MH17 Akan Didedahkan

IMG-20140824-WA0019 Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah penyelia penerbangan kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar di Masjid Taman Indah, Ampang hari ini. Jenazah Allahyarham yang dibawa ke masjid itu pada 10.14 pagi dari kediamannya di Taman Bukit Indah, disambut beberapa anggota 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diusung beberapa kakitangan MAS dan disembahyangkan pada 10.28 pagi. Dua orang anaknya Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa
Baca Selanjutnya: Lebih 1000 Jemaah Hadir Solat Jenazah Mohd Ghafar

dataran KUALA LUMPUR – Seluruh negara bertafakur selama seminit hari ini bagi memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak di Timur Ukraine pada 17 Julai lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Sebagai memperingati mangsa, bendera jalur gemilang separuh tiang turut dikibarkan. Malah bagi memperingati hari ini, yang diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara, ramai rakyat Malaysia berpakaian gelap dan turut
Baca Selanjutnya: Seluruh Negara Di Selubungi Duka Kenang Tragedi MH17

MALAYSIA-RUSSIA-UKRAINE-CRISIS-AVIATION-REMAINS Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyatakan bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 September dijangka melibatkan 9 jenazah termasuk 2 warga asing. Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menerima 9 mangsa tragedi itu termasuk 5 jenazah dalam keranda dan 4 abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumi dan disemadikan, katanya. "Setakat ini, 9 jenazah yang berkemungkinan besar akan
Baca Selanjutnya: MH17: 9 Lagi Jenazah Dijangka Tiba 2 September Ini

anak_mastura Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan. Lebih sayu apabila melihat anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi berumur 10 tahun yang ternyata sangat merindui arwah ibunya. Ahmad Saifuddin Yusof turut berkongsi rasa yang sama sebaik sahaja melihat gambar-gambar anak arwah di Facebook. Beliau menitipkan 10 pesanan buat adik Muhriz Marzaidi. Beliau amat berharap supaya pesanan ini dapat dibaca oleh
Baca Selanjutnya: Pesanan Buat Adik Muhriz Marzaidi, Anak Mastura Mustafa

live Hari ini 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara. Setelah sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan ‘kepulangan’ orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian. Dua puluh
Baca Selanjutnya: LIVE! Laporan Langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa #MH17

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori