[caption id="attachment_16494" align="aligncenter" width="640"] Peluru Berpandu Buk milik Russia[/caption]
Pesawat MH17 dipercayai telah ditembak peluru berpandu Russia jenis Buk. Kenyataan tersebut telah diberikan oleh Anton Gerashenko, penasihat kepada Menteri Dalaman Ukraine, menyatakan di dalam akaun Facebook beliau bahawa pesawat tersebut berada pada ketinggian 10,000 meter ketika itu. President Ukraine, Petro Poroshenko dalam satu kenyataan beliau telah menyatakan bahawa:
"We do not exclude that this plane was shot down, and we stress that the Armed Forces of Ukraine did not take action against any airborne targets,""We are sure that those guilty in this tragedy will be held responsible."
Pihak MAS pula mengeluarkan kenyataan melalui akaun twitternya yang menyatakan bahawa pihaknya telah putus talian komunikasi dengan pesawat MH17 dan lokasi terakhir yang dikesan adalah di dalam kawasan Amsterdam. Laman web pengesan penerbangan Flight Aware telah menunjukkan laluan penerbangan yang telah ditinggalkan serta berakhir di bahagian barat Ukraine berhampiran sempadan Poland; juga menandakan bahawa komunikasi dengan pesawat itu telah hilang pada waktu tersebut.
Walau
