Isabelle Leong, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Puluhan ribu ringgit telah dibelanjakan demi satu destinasi percutian impian. Namun, akibat ada pihak yang tidak bertanggungjawab, yang tinggal hanya angan-angan.
Itulah hakikat yang menimpa mangsa penipuan syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian pada harga murah ke luar negara, antaranya seperti di Eropah Tengah.
Astro AWANI sempat bertemu dua mangsa yang kehilangan wang akibat diperdaya sindiket ini.
Menurut seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Cik Y, apabila mendapat tahu tentang pakej murah tersebut, dia merasakan ia terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.
Ternyata, firasatnya betul.
Tetapi, apabila pesara berumur 71 tahun itu membayar deposit untuk pakej percutian pada September, semuanya sudah terlambat.
“Kami ke pejabatnya tetapi ia ditutup! Tiada papan tanda dan apabila kami menekan loceng, tiada sesiapa yang menjawab. Kami cuba tunggu untuk melihat kalau ada sesiapa yang datang, tetapi tiada sesiapa.
“Kami bergegas ke pejabat pengurusan untuk bertanya apa yang berlaku kepada pemilik syarikat. Mereka memberitahu kami, mereka telah menelefon pemiliknya kerana pihak itu telah tidak membayar sewa selama dua bulan.
“Wang