18
Isn, Nov
0 ARTIKEL BARU

Arfa Yunus, Astro Awani

BALAKONG: Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohamed Elias hari ini memohon maaf kepada petugas media yang tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana pagi ini.

"Bagi pihak SPR, saya ingin memohon maaf kepada pihak media atas masalah komunikasi yang berlaku awal tadi.

"Saya ingin menekankan bahawa petugas media dibenarkan masuk pusat pengundian.

"Petugas media hanya tidak dibenarkan masuk di saluran mengundi sahaja," katanya semasa ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Sekitar jam 11 pagi tadi, seorang pegawai SPR yang difahamkan adalah Ketua Tempat Mengundi di sini tidak membenarkan wartawan dan jurugambar memasuki kawasan sekolah.

"Kalau anda boleh dapat masuk di pusat pengundian lain, silakan pergi ke situ.

"Di sini tempat saya dan saya tak benarkan media masuk.

"Untuk sidang media sebentar lagi, saya akan beri arahan yang lain," kata pegawai tersebut kepada petugas media.

Menurut Elias, kes seumpama ini jarang berlaku dan menyifatkannya sebagai masalah komunikasi.

Sementara itu, menurut Elias jumlah keluar mengundi setakat jam 12 tengahari masih rendah, iaitu hanya 25 peratus.

Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani

PADANG TERAP: Hajat seorang pesara tentera menghidangkan buah kepada anggota keluarga yang pulang untuk bercuti tidak kesampaian apabila dia maut dipijak gajah jantan yang mengamuk berdekatan Kampung Kah Ing, dekat Padang Terap, petang Jumaat.

Dalam kejadian jam pada 6.30 petang , mangsa Mat Juhid Osman, 49, berasal dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan, dalam perjalanan pulang bersama abangnya sebelum bertembung dengan gajah yang tiba-tiba menyerang mereka.

Baca Selanjutnya: "Pak Cik tak sempat lari, akhirnya maut dipijak gajah jantan mengamuk" - Anak saudara

NOR IDAYU BOSRO

SUBANG JAYA - Proton Holdings Bhd (Proton) mengumumkan nama rasmi model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya hasil kerjasama dengan pengeluar kereta Geely China sebagai Proton X70.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pemilihan nama itu dibuat berdasarkan pemilihan lebih 60 peratus peserta yang menyertai peraduan memilih nama SUV itu secara online pada April lalu.

Menurutnya, peraduan selama sebulan itu disertai kira-kira 90,000 orang dengan

Baca Selanjutnya: Proton SUV X70 boleh ditempah mulai esok

Oleh Manirajan Ramasamy dan Luqman Arif Abdul Karim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PETALING JAYA: Isu pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh akan dikaji semula, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menyifatkan isu berkenaan bukan ibarat ‘terukir di batu’, justeru kerajaan akan meneliti semula keputusan berkenaan susulan

Baca Selanjutnya: Pelantikan Maszlee dikaji semula - PM

Hilal Azmi, Astro Awani

SUNGAI PETANI: Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini membenarkan lima pegawai dan anggota polis ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung aktiviti rasuah dengan melindungi kegiatan pusat urut di Nibong Tebal.

Perintah reman bermula hari itu dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Ainna Ahmad terhadap lima pegawai dan anggota polis termasuk seorang berpangkat Asisten Superintendan, dua berpangkat Inspektor, seorang Sarjan dan seorang

Baca Selanjutnya: Lindungi pusat urut, lima anggota polis direman

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

BANGI: Persiapan rapi giat dijalankan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, esok.

Tinjauan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi kawasan DUN Balakong di Dewan Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, di sini, mendapati petugas terbabit

Baca Selanjutnya: SPR bersedia hadapi PRK Balakong, esok

Oleh Manirajan Ramasamy dan Luqman Arif Abdul Karim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PETALING JAYA: Gaji segelintir pegawai kerajaan tidak dibayar kerana mereka disyaki masih taksub dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, setiap menteri berhak mendapat pegawai tertentu bagi menguruskan perjalanan operasi dan pengurusan, namun proses

Baca Selanjutnya: Ada masih taksub dengan kerajaan lama - PM

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori