19
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

SUNGAI PETANI - Tindakan tegas perlu dilakukan terhadap seorang wanita yang bertindak keterla­luan menggam­barkan alat sulit lelaki sehingga mengun­dang kemarahan rakyat Malay­sia.

Pengerusi Skuad Badar, Azhar Mohamad berkata, wanita yang mencetuskan kontroversi dengan paparan video kelucahan melampau patut dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak ber­kuasa.

Menurutnya, tindakan wanita terbabit bukan sahaja mengundang kemarahan sekali gus menjatuhkan maruah Islam dan Melayu.

“Kami mohon pihak berwajib ambil tindakan supaya menjadi tauladan kepada pihak lain yang mempunyai hasrat sama kerana perbua­tan dia telah mengundang kemarahan masyarakat Melayu seluruh negara,” katanya.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda tadi.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu menjadi tular setelah wanita itu mendakwa bahawa perkahwinan dengan lelaki Melayu menyebabkan sesetengah wanita merasa menyesal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam mengesahkan IPD Kuala Muda menerima tiga laporan polis berkaitan kes sama, tadi.

PUTRAJAYA - Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN) memohon kerajaan untuk mempertimbangkan semula bagi meneruskan perlaksanaan program latihan khidmat negara (PLKN).

Presiden PPKN, Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata, pengumuman kerajaan untuk memansuhkan PLKN di seluruh negara itu akan menyebabkan kira-kira 3,000 pekerja di bawah mereka bakal kehilangan pekerjaan pada bulan hadapan.

Menurutnya, kontrak perlaksanaan 79 PLKN sebelum ini tamat pada 2020, namun ditamatkan lebih

Baca Selanjutnya: Mansuh PLKN: Tolonglah bantu kami...

PETALING JAYA - Soal calon tempatan atau calon luar disifatkan bukan lagi sebagai faktor penting dalam menghadapi era politik masa kini, khususnya menjelang PRK Dun Seri Setia.

 

Calon Pas, Dr Halimah Ali berkata, sebaliknya faktor terpenting adalah soal sejauh mana kemampuan seseorang calon bertanding berkhidmat dan melaksanakan mandat yang diberi rakyat.

 

"Sebenarnya pilih calon yang lahir di sini (tetap)  saya rasa itu cara pemikiran lama. Kita sudah melalui anjakan paradigma sama ada

Baca Selanjutnya: Calon tempatan bukan kelebihan

Abdul Aziz Harun

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.

Kata perdana menteri, beliau akur dengan persetujuan bahawa tempoh yang disebut untuknya memegang jawatan itu ialah dua tahun.

Dr Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam, di sebuah hotel di

Baca Selanjutnya: PM janji akan serah kuasa pada Anwar

RAZIATUL HANUM A RAJAK

KUALA LUMPUR - Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular di media sosial, Khamis lalu.

Petron dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.

“Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan

Baca Selanjutnya: Akhirnya Petron buka mulut

SHAH ALAM - Pas masih boleh dianggap bebas rasuah meskipun bekas Adunnya menjadi individu pertama dalam parti disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 28 tahun lalu.

Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang merupakan salah seorang barisan peguam Pas berkata, konsep bebas rasuah adalah selagi mana ia tidak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

"Selagi mana kes ini tidak dibawa ke mahkamah dan dipersabitkan, kita masih anggap konsep bebas rasuah masih ada," katanya.

Bagaimanapun beliau

Baca Selanjutnya: Pas masih bebas rasuah, kata peguam

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan bekas ketua menteri Lim Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.

Turut dibebaskan ialah seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Terdahulu timbalan pendakwa raya Mohd Masri Daud memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada dakwaan tersebut.

Bagaimanapun hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan untuk membebas dan melepaskan Lim serta Phang daripada

Baca Selanjutnya: Guan Eng, Phang bebas dari tuduhan rasuah

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori