19
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

2 maut terhumban dalam gaung

Semasa
Typography

PENGKALAN HULU - Dua lelaki maut apabila lori yang dinaiki terhumban ke dalam gaung di Jalan Pengkalan Hulu - Gerik di Bukit Gunung Paku di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Ikhmal Sharul Anuar, 20, maut akibat tercampak keluar dari lori bermuatan sekam padi.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa belum dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, D Sivamani berkata, 10 anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 pagi.

"Kenderaan berat itu ditemui dalam gaung sedalam 50 meter manakala, kedua-dua mangsa tercampak keluar dan ditemui di bahu jalan.

"Anggota bertindak membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat. Kedua-dua mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 10.32 pagi.