22
Ahd, Sep
0 ARTIKEL BARU

Shahidan tampil jelaskan isu dakwaan cabul pelajar 15 tahun...

Semasa
Typography

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kini masih Ahli Parlimen Arau,Perlis pada Rabu tampil adakan sidang akhbar di bangunan Parlimen mengenai isu dakwaan kes cabul seorang pelajar berusia 15 tahun yang menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
 
Selain menceritakan apa yang berlaku dalam kejadian pada 20 Oktober lalu yang mengaitkan dirinya beliau menyuarakan rasa pelik isu berkenaan semakin tular sekalipun laporan polis telah ditarik balik oleh keluarga pelajar berkenaan.
 
Beliau yang ditemani oleh peguamnya Thalia Rohaina Abdul Latiff berkata,”Dah tarik balik (laporan), patut dah selesai. Itulah soalan yang saya juga sedang bertanya. Kenapa ia tular? Kenapa kes ini dikeluarkan…
 
“Kes itu telah ditarik balik. Kenapa saya perlu cerita balik? Sepatutnya bila dah tarik,habis la…kenapa nak ulang benda yang ditarik balik,” katanya.
 
Dalam kes yang sedang disiasat polis itu asalnya pelajar itu telah membuat laporan polis di Kangar pada hari berkenaan namun beberapa jam kemudian telah menarik balik laporan itu.
 
Ia menjadi hangat bila ada pihak yang mendakwa kononnya polis cuba tutup kes itu dan juga konon keluarga pelajar telah disogok untuk tarik balik laporan.
 
Shahidan memberitahu pada kejadian malam itu berkata, beliau bertemu dengan pelajar itu yang merupakan penyanyi dalam kumpulan  DSSK Busker, yang dinaunginya.

DSSK ialah ringkas untuk nama Datuk Seri Shahidan Kassim.
 
“Pengurus kumpulan itu, Encik.Azhar berjumpa saya di Yayasan Pok Kassim semasa saya sedang bermesyuarat, dan memaklumkan busker itu memerlukan sedikit dana.
 
“Pada pukul 11.40 malam, saya telah pergi ke tempat busker itu membuat persembahan, saya memberikan bantuan kepadanya dan terus pulang.
 
“Esoknya, saya telah berjumpa dengan keluarga remaja tersebut dan terkejut mereka telah membuat laporan polis atas dasar salah faham, dan mereka telah menarik balik laporan tersebut,” katanya.
 
“Saya telah beri kerjasama dengan polis dan berharap pihak media tidak memanjangkan isu ini kerana menjejaskan maruah remaja itu,” katanya.
 
Ujarnya lagi, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menularkan isu tersebut. – 31/10/2018