19
Jum, Apr
6 ARTIKEL BARU

Taktik lama pecah muafakat PAS-Umno

Semasa
Typography

SEORANG ahli PAN kirim ucapan saya yang kata dekat Umno dahulu. Saya kata banyak lagi yang saya kata dekat Umno. Pergi cari lagi dan himpun buat koleksi kemudian sebar. Kemudian jumpa ‘Abang Long’ minta upah dan bawa bukti sekali, kalau tidak, soru miss.

Taktik ini sudah dijangka bagi parti yang bankrap idea. Untuk orang PAS, mereka edar ucapan pemimpin Umno yang kata kepada PAS untuk timbul keraguan sesama sendiri.

Inilah modal puak-puak PAN dan PH. Hendak tarik orang dengan cara lain tidak ada. Modal kitar semula dan jual surat khabar lama-lama.

Skrip fitnah tidak menjadi, akhirnya senjata makan tuan. Setiap posting di media sosial dibalun dengan teruk oleh netizen.

Maka yang ada cuba kutip rakaman ucapan pemimpin PAS dan BN untuk memecah belah kerjasama yang sedang dibina.

Yang seronoknya mereka lupa ucapan mereka sewaktu bergaduh dahulu. Kita pun ada simpanan. Perkataan seperti firaun, mahafiraun, mahazalim, kroni, nepotisme, bapa rasuah, tauke kilang arang, perompak, kepala perompak, rasis, perkauman cina, ejen asing, kaki liwat, al-ju**** dan macam-macam lagi.

Apabila ditanya sekarang dah OK ka? Terkedu dan tidak terkata.

 

USTAZ IDRIS AHMAD

Naib Presiden PAS

12 April 2019 – HARAKAHDAILY 12/4/2019