08
Rab, Apr
13 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri  dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.

Rahimah Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Julai 04, 2018 10:24 MYT

EKSKLUSIF |  Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bimbang kempen dan tuduhan berterusan yang dilemparkan terhadapnya telah meletakkan kerajaan baru dalam kedudukan di mana ia tidak mempunyai pilihan selain untuk menangkap dan mengenakan pendakwaan terhadap dirinya.

Bekas perdana menteri berkata demikian dalam wawancara eksklusif terakhirnya dengan Malaysiakini minggu lalu sebelum penangkapannya petang ini.

"Jalan cerita politik kerajaan Pakatan Harapan kini mudah: 'Najib curi berbilion'. Oleh

Baca Selanjutnya: Najib: Perbicaraan saya ujian buat Malaysia

SIDANG Parlimen pertengahan Julai ini, saya telah menghantar 15 soalan untuk dibangkitkan iaitu:

Satu soalan untuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung perkembangan pembinaan tebatan banjir sepanjang jajaran Sungai Golok yang melibatkan Parlimen Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

Satu soalan untuk Menteri Belia dan Sukan berhubung persiapan negara membentuk pelapis sukan badminton.

Lima soalan untuk Menteri Pendidikan, antaranya berkenaan pelajar OKU dalam sistem pendidikan

Baca Selanjutnya: Memulakan tanggungjawab Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengarahkan siasatan penuh terhadap projek bursa data fizikal pertama di dunia, ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) yang dilaksanakan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berikutan kebimbangan terhadapnya.

Katanya, beliau menerima banyak pertanyaan berhubung projek terbabit dan antara persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada wujud percanggahan kepentingan antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan atau

Baca Selanjutnya: Siasat Projek ADAX - Gobind

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini jam 3 petang tadi.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu dalam tempoh terdekat.

Berita lanjut menyusul

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), kata  Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia.

"Saya Ingin mengucap terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) atas bantuan mereka," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Bekas

Baca Selanjutnya: Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia

JAWA BARAT: Malaysia dan Indonesia akan terus meningkatkan hubungan dua hala bagi memastikan manfaat bersama terus dikecapi kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama itu bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara, malah turut melibatkan politik dan ekonomi.

“Saya harap persahabatan diantara kita ini dapat ditingkatkan dan dikekalkan kerana ada banyak manfaat yang boleh didapati apabila Indonesia dan Malaysia bekerjasama dalam semua bidang termasuk

Baca Selanjutnya: Kekal dasar luar: Malaysia-Indonesia pertingkat hubungan

Lebih banyak artikel..