19
Rab, Jun
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menggunakan terus memberi tekanan kepada Myanmar supaya menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, tekanan itu tidak boleh dihentikan kerana penindasan etnik berkanaan adalah tragedi yang amat menghina Islam.

"Kita nak bagi tahu bahawa tragedi ini mencengkam kalbu kita, isu ini Islam dihina, isu ini juga kesabaran kita dicabar, soal hak asasi manusia dirobek.

"Malaysia teguh dengan pendirian bahawa ummah mesti terus dibela dan kekejaman mesti dihentikan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, di sini sebentar tadi.

Turut hadir adalah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Di dalam ucapannya, Najib turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang dilihat tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak dan nasib Rohingya.

"OIC perlu bertindak. Tolong jangan melihat saja, lakukan sesuatu. Ini bukan masalah kita saja, ini berkaitan agama juga. Kita tidak boleh hanya bersikap tunggu dan lihat saja," katanya.

Tindakan Myanmar menggunakan satu artikel dalam piagam ASEAN untuk mempertahankan

Baca Selanjutnya: Najib: Malaysia Akan Terus Tekan Myanmar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara ribuan umat Islam yang hadir membanjiri Stadium Titiwangsa hari ini bagi menyertai Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya anjuran bersama lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Himpunan tersebut diadakan bagi menunjukkan reaksi umat Islam di negara ini menentang kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Turut hadir pada himpunan tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid

Baca Selanjutnya: Ribuan Hadir Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampan, ujar Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Katanya, komitmen Malaysia dalam menyediakan sistem pengangkutan yang mampan telah dizahirkan dalam pembentangan Bajet 2017 yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat. 

“Seperti dimaklumi, antara projek pengangkutan awam darat yang telah dan akan disiapkan oleh kerajaan termasuk membantu pemain industri demi kesejahteraan rakyat

Baca Selanjutnya: Kerajaan Komited Sedia Pengangkutan Awam Mampan

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan

Baca Selanjutnya: Himpunan 4 Disember Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya - Zahid

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sendirian tidak mampu untuk menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata krisis pencabulan hak asasi manusia itu hanya boleh ditamatkan dengan kerjasama masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), ASEAN dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Ditanya mengenai campur tangan asing dalam urusan negara-negara Islam, Najib berkata ia amat merugikan umat

Baca Selanjutnya: Najib: Malaysia Tidak Mampu Bersendirian Selesaikan Krisis Rohingya

KUALA LUMPUR – Segala keputusan dan perancangan dibuat kerajaan adalah bersandarkan kepada dasar tanggungjawab demi menjamin masa depan negara yang lebih baik termasuk untuk manfaat generasi muda, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap menutup Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2016 (Pemanas 4.0) di sini malam ini, perdana menteri menegaskan oleh kerana itu, kerajaan tidak akan mengambil keputusan berdasarkan perhitungan populis.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu bertanggungjawab

Baca Selanjutnya: Keputusan Kerajaan Dibuat Atas Dasar Tanggungjawab - Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembiranya susulan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 atau Bajet 2017 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat.

Melalui kemaskini di Facebooknya, Najib turut menggesa setiap kementerian supaya memastikan perancangan terperinci tersedia bagi peruntukan diberikan.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Perbekalan 2017 atau Bajet 2017 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat.

“Saya ingin setiap kementerian pastikan perancangan

Baca Selanjutnya: Najib Gesa Semua Kementerian Jayakan Bajet 2017

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.