22
Ahd, Sep
0 ARTIKEL BARU

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun mulai Selasa ini bagi membincangkan isu-isu dua hala dalam meningkatkan kerjasama pelbagai bidang.

Lawatan tersebut adalah atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe dan merupakan lawatan kali keempat Najib ke negara Matahari Terbit itu sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 2009.

Menurut Wisma Putra lawatan tersebut akan meneruskan momentum perbincangan peringkat tertinggi antara Kuala Lumpur dan Tokyo mengenai isu-isu kepentingan bersama dua hala dan di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Malaysia dan Jepun akan terus menikmati kerjasama erat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, pembangunan modal insan, kebudayaan, perkhidmatan udara dan percukaian," kata Kementerian Luar itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sempena lawatan itu, Najib dijadual mengadakan mesyuarat dengan Abe dan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pelancongan Jepun, Keiichi Ishii.

Najib juga dijuga akan menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro)

Baca Selanjutnya: Najib Adakan Lawatan Kerja Tiga Hari Ke Jepun

OXFORD (United Kingdom) – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekstremisme, radikalisme dan keganasan bukan sahaja didorong oleh kesesatan orientasi keagamaan, tetapi juga oleh sekular yang tidak kena pada tempatnya, kesukuan dan gabungan kepentingan manusia lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata komuniti dunia perlu menggalas tanggungjawab untuk mengislah semula semua elemen trend negatif dengan menangani kedua-dua faktor dalaman dan luaran secara serentak dan dengan

Baca Selanjutnya: Zahid: Sekular Tidak Bertempat, Kesukuan, Turut Dorong Ekstremisme

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Seri Jamal Md Yunos memberitahu bahawa beliau dan Gerakan Kumpulan Baju Merah menghormati keputusan pihak berkuasa yang menolak permohonan Perhimpunan Kumpulan Baju Merah di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Beliau yang ditemui di IPD Dang Wangi berkata, "Kami menghormati apa yang dimaklumkan kepada kami dan tidak ada sebarang bantahan yang kami buat."

Dato' Seri Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut memaklumkan

Baca Selanjutnya: Tidak Ada Kuning, Tidak Ada Merah - Jamal Md Yunos

BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping kerana dinaikkan kedudukan oleh Parti Komunis China sebagai pemimpin utama parti itu.

Perdana menteri, dalam ucapannya pada mesyuarat delegasi Malaysia bersama Xi di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, berkata beliau percaya di bawah pimpinan Xi, ia akan melonjakan China ke hadapan dan memenuhi impian rakyatnya.

Dalam menyatakan penghargaan atas layanan mesra dan resepsi oleh kerajaan

Baca Selanjutnya: Najib Ucap Tahniah Kepada Xi Jinping

KUALA LUMPUR – Kemenangan Donald Trump pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara itu, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Presiden Amerika Syarikat itu sudah pastinya memerlukan kerjasama dengan Malaysia serta negara-negara lain dalam pelbagai bidang.

“Saya percaya beliau akan menggunakan kaedah yang boleh membantu Amerika Syarikat membina kerjasama dengan semua negara.

“Saya sendiri mengenali beliau

Baca Selanjutnya: Kemenangan Trump Tak Jejas Hubungan Malaysia-Amerika

BEIJING - Hubungan Kuala Lumpur-Beijing yang semakin erat dipertingkatkan dengan lawatan rasmi kali ketiga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan ia bukan sahaja meningkatkan hubungan perdagangan kedua-dua buah negara malah merintis jalan dalam ekonomi baharu.

Lawatan rasmi enam hari beliau itu bukan sahaja menyaksikan pencapaian bersejarah dengan termeterainya 14 Memorandum Persefahaman bernilai RM144 bilion, malah juga berupaya mendapatkan jutawan Internet China dan pengasas Alibaba

Baca Selanjutnya: Hubungan KL-Beijing Semakin Erat Tingkatkan Hubungan Dagang, Merintis Ekonomi Baharu

Beijing – Malaysia dan China menandatangani 14 Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Li Keqiang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu selepas mempengerusikan bersama mesyuarat dua hala antara Malaysia dan China di Great Hall of the People di sini Selasa.

Mesyuarat dua hala itu turut disertai Perutusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri

Baca Selanjutnya: Malaysia, China Tandatangani 14 Perjanjian

Lebih banyak artikel..