19
Rab, Jun
0 ARTIKEL BARU

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kejadian letupan di sebuah stesen minyak yang mengorbankan seorang pekerja di Taman Mount Austin di sini, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah.

 

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kejadian itu juga tiada langsung mempunyai kaitan dengan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini, yang berlaku hanya selang beberapa jam sebelum itu.

"Tidak ada kaitan, saya sendiri akan pergi ke tempat itu (stesen minyak) selepas ini bagi meninjau keadaan.

"Ini kemungkinan (akibat) kecuaian di pihak sana, kita tidak tahu," katanya kepada pemberita sejurus melawat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran di HSA, petang ini.

Wan Ahmad Najmuddin turut meminta orang ramai termasuk pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kedua-dua insiden berkenaan.

"Tolong hentikan (spekulasi), ia masih dalam siasatan dan kita belum tahu punca sebenar (kedua-dua kejadian)," kata Wan Ahmad Najmuddin.

Dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pagi ini, enam pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki, maut. Mereka adalah antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui

Baca Selanjutnya: Polis Sahkan Letupan Tidak Ada Kaitan Unsur Jenayah Dan Kebakaran Di HSA

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menunggu laporan pegawainya yang dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Perak yang penghuninya didakwa diletakkan dalam kubikel berpagar seperti kandang.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia susulan laporan mengenainya yang viral di media sosial.

"Saya arahkan pegawai untuk ke tempat itu...saya kini menunggu laporan terperinci daripada mereka," katanya kepada Bernama selepas menjadi

Baca Selanjutnya: Pegawai KPWKM Siasat Laporan Penghuni Rumah Kebajikan Diasingkan Dalam 'Kandang'

MADINAH - Malaysia menyuarakan komitmen untuk turut serta membangunkan bandar ini sebagai pusat ketamadunan Islam yang baharu demi kesejahteraan umat di seluruh dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi tujuan itu, Malaysia akan menghantar lebih ramai golongan profesional dan ahli akademik untuk berkongsi pengalaman serta belajar di Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Madinah (MILE).

"Kita tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang dan belajar agar

Baca Selanjutnya: TPM: Malaysia Turut Serta Bangunkan Madinah Jadi Pusat Ketamadunan Islam Baharu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung untuk hari kedua di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang, dengan diiringi menteri besar masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir pada mesyuarat itu diiringi ketua menteri

Baca Selanjutnya: Yang Di-pertuan Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-raja Di Istana Negara

MELAKA – Dalam memastikan graduan dihasilkan institusi pengajian tinggi digunakan dengan sebaiknya bagi membangunkan negara, kerajaan melalui Bajet 2017 perlu memberi fokus dalam mewujudkan lebih banyak insentif kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada graduan berkenaan.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata menjadi kerugian dari segi tenaga manusia sesebuah negara apabila graduan dibiarkan tidak

Baca Selanjutnya: Bajet: Insentif Kepada GLC Sediakan Peluang Pekerjaan, Latihan Graduan Menganggur

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, pada Khamis.

"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang ikhlas dan mendalam kepada Keluarga Diraja, Kerajaan, dan rakyat Thailand atas kemangkatan baginda Raja Bhumibol Adulyadej.

"Raja Bhumibol menjadi lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata. Kami bersama-sama

Baca Selanjutnya: Najib Ucap Takziah Kemangkatan Raja Bhumibol

RIYADH - Malaysia mengenal pasti beberapa projek pembangunan infrastruktur baharu di Arab Saudi yang boleh diusahakan secara kerjasama antara syarikat kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara projek berkenaan termasuk pembinaan lingkaran jalan raya khususnya di sekitar Makkah dan Jeddah.

"Kita juga akan melaksanakan tindakan susulan terhadap projek-projek yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh syarikat Malaysia yang mempunyai rekod baik dan

Baca Selanjutnya: Ahmad Zahid: Projek Pembangunan Infrastruktur Baharu Dikenal Pasti Di Arab Saudi

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.