12
Ahd, Jul
0 ARTIKEL BARU

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam di negara ini lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu kerana sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mampu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Najib berkata tiada pihak lain yang mampu berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah negara ketika ini.

"Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah 23 buah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia. Apa lagi dapat kontrak daripada Petronas berbilion-bilion.

"Apa lagi tuan-tuan? Nak marah apa lagi kepada Malaysia? Malaysia ini tempat rezeki kita sebenarnya. Tempat kita lahir, tempat kita dapat rezeki dan Insya-Allah tempat kita disemadikan bila sampai masanya. Inilah Malaysia yang kita bina melalui semangat patriotik," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 penjawat awam itu turut dihadiri

Baca Selanjutnya: Penjawat Awam Lebih Patriotik Daripada Pihak Tertentu - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar sambutan Thaipusam tahun ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua masyarakat untuk terus hidup dalam suasana keamanan, perpaduan dan kestabilan.

Najib berkata sambutan perayaan oleh penganut Hindu itu diharap akan terus menjadi lambang semangat Negaraku serta kebersamaan menuju masa hadapan yang gemilang.

"Marilah kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Thaipusam bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan

Baca Selanjutnya: Jadikan Sambutan Thaipusam Inspirasi Keamanan, Perpaduan Dan Kestabilan - Najib

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah kerana sangat komited untuk membangunkan negeri berkenaan.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan untuk meluluskan pelbagai peruntukan ketika membuat lawatan kerja ke Sabah bukan disebabkan pilihan raya umum semakin dekat.

"(Sebaliknya) Saya ingin memastikan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sabah dapat dirapatkan. Kita bukan macam pembangkang

Baca Selanjutnya: Saya Sangat Komited Bangunkan Sabah, Kata Najib

MALAYSIA mendahului carta sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara Asia pada 2018, menurut Retirement Index baharu daripada International Living.com.

Berdasarkan indeks terbaharu yang turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman sesawang yang disebutkan, Malaysia menduduki tempat kelima secara global manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.

Laman sesawang itu mendedahkan

Baca Selanjutnya: Malaysia Pilihan Terbaik Untuk Bersara Di Asia

DELHI - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dan India hari ini menandatangani empat Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan sektor berkenaan di kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permeteraian MoU itu disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Menteri Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana India, Giriraj Singh.

Bercakap kepada pemberita Malaysia, di sini

Baca Selanjutnya: PKS Malaysia-India Meterai MoU Tingkat Kerjasama Pembangunan Sektor

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk mengangkat 'cyber games' atau E-Sukan sebagai industri baharu dalam menjana pendapatan negara di peringkat benua Asia dan antarabangsa pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini sejajar dengan perkembangan industri tersebut yang menjadi ikutan bukan sahaja masyarakat antarabangsa malah di kalangan generasi anak muda tempatan sendiri yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan gaya hidup baru.

"Saya difahamkan

Baca Selanjutnya: Cyber Games Mampu Jana Pendapatan Negara Pada Masa Depan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

"Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya' di Masjid Nabawi (di Madinah).

"Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki

Baca Selanjutnya: Najib, Keluarga Diberi Penghormatan Ziarah Makam Nabi Muhammad SAW

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.