12
Ahd, Jul
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan system Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah yang berkuat kuasa semalam telah dibatalkan.

Pembatalan ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan ringkas di laman sosialnya hari ini.

Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui sidang media berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.

 

 

KUALA LUMPUR - Persidangan Khayr Ummah Conference (KUC) 2017 ini terhasil daripada hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang berlangsung hari ini.

Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Sheikh Salleh Abdul Aziz berkata, kerjasama dua negara ini adalah bukti membantu antara satu sama lain bukan saja dalam bidang ekonomi sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk agama.

Menurutnya, Kerajaan Arab Saudi sentiasa menyeru kepada perpaduan dikalangan umat Islam dan bukan perpecahan

Baca Selanjutnya: Perpaduan Dua Negara Jayakan Muktamar Khayr Ummah

KUALA LUMPUR - Seramai 30 panel akan membentangkan kertas kerja dalam Muktamar Antarabangsa Umat Islam Peringkat Asean bertemakan The Manhaj Ahlu As-Sunnah Unites ASEAN yang diadakan di hotel terkemuka bermula hari ini.

Malaysia dipilih sebagai tuan rumah dalam persidangan ini memandangkan ia adalah negara strategik dalam menyatukan perpaduan ummah di kalangan ulama Islam di rantau Asia  Tenggara.

Ia dihadiri lebih dari 1200 peserta antaranya menteri kabinet, ahli akademik, para pendakwah dan

Baca Selanjutnya: Persidangan Muktamar Antarabangsa Umat Islam Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia dipilih sebagai tuan rumah dalam persidangan Khayr Ummah Conference (KUC) 2017 memandangkan ia adalah negara strategik dalam menyatukan perpaduan ummah di kalangan ulama Islam di rantau Asia Tenggara.

Pemilihan ini dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi memandangkan kestabilan politik dan sosial negara berada ditahap tertinggi.

Persidangan ini merupakan platform  di kalangan ulama Islam  rantau ini untuk mewujudkan hubungan jangka panjang dari segi biasiswa, pendidikan

Baca Selanjutnya: Malaysia Negara Pertama Tuan Rumah Anjur Persidangan KUC 2017

KUALA LUMPUR - Media sosial menjadi ancaman kepada negara sekiranya masyarakat mempercayai dakyah palsu yang cuba disebarkan oleh sesetengah pihak. Ahli Panel Muktamar Khayr Ummah, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, jika perkara ini tidak diatasi ia boleh menyebabkan sesebuah negara runtuh.

Menurutnya, pada masa kini banyak pihak termasuk individu menyampaikan sesuatu berita yang terpesong dari fakta sebenar.

“Perkara ini berlaku hampir seluruh dunia dan kebanyakan dilakukan oleh sesetengah

Baca Selanjutnya: Agama Benteng Diri Dalam Media Sosial

KUALA LUMPUR - Ekspo Negaraku 2017 diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana bertujuan untuk mempamerkan projek infrastruktur dan masa depan yang dirancang oleh kerajaan demi menyediakan kehidupan lebih bermakna untuk rakyat Malaysia.

Ekspo ini menawarkan pengalaman baru bagi pengunjung untuk merasai nadi pembangunan negara.

Ekspo Negaraku akan berlangsung selama sebulan bermula 15 November hingga 15 Disember ini bertempat  di Dataran Merdeka.

Perdana Menteri

Baca Selanjutnya: Ekspo Negaraku Pameran Infrastruktur Masa Depan Negara: PM

ISKANDAR PUTERI - Projek pembangunan pengangkutan awam Bas Rapid Transit (BRT) akan menelan belanja RM2.56 bilion dengan RM1 bilion daripadanya dibiayai kerajaan pusat manakala baki ditanggung menerusi kerjasama swasta dan awam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri berkata projek BRT yang berkonsepkan keterangkuman serta kemampanan itu akan dibangunkan kerajaan pusat melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan kerajaan negeri Johor.

Baca Selanjutnya: Sebahagian Kos BRT Johor Akan Ditanggung Kerajaan Pusat - Najib

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.