08
Rab, Apr
13 ARTIKEL BARU

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan khabar gembira dan penambahbaikan untuk seluruh penjawat awam sewaktu Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Menurut Najib, beliau memahami ramai anggota perkhidmatan awam ternanti-nanti dengan pengumuman tersebut.?

“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman tertentu. ?

“Insya Allah, beberapa khabar dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 haribulan Oktober ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kelima Belas (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Selain itu katanya, tanpa komitmen yang tinggi daripada para penjawat awam, tidak mungkin Malaysia mampu untuk menjadi antara Pelaku Global utama dunia.

Ini katanya terbukti apabila Laporan Daya Saing Global 2017/2018 oleh Forum Ekonomi Dunia, meletakkan negara ini berada pada tempat ke-23 dari 137 buah negara, bagi ekonomi yang paling berdaya saing di dunia.

“Malah, bukan sekadar itu sahaja, dalam laporan yang sama, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dalam senarai perbelanjaan Kerajaan yang paling efisien

Baca Selanjutnya: Penjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 27 Oktober - Najib

KUALA LUMPUR - Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan globalnya bagi membolehkan pencarum menikmati dividen tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelaburan KWSP di AS telah membawa pulangan tinggi sebanyak 11.1 peratus berbanding kira-kira 7.0 peratus apabila melabur di pasaran tempatan.

"Mereka yang mendapat manfaat (daripada pelaburan di AS) ialah kakitangan, pencarum KWSP

Baca Selanjutnya: KWSP Nikmati Pulangan Tinggi Daripada Pelaburan Di AS - Najib

PORT DICKSON - Isu Rohingya kini  mendapat perhatian dunia ia membuktikan suara yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didengari oleh pemimpin kuasa besar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini adalah hasil dari pertemuan Perdana Menteri bersama Presiden Amerika Syarikat dan Britain baru-baru ini.

"Ketika Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 yang diadakan baru-baru ini saya telah membangkitkan isu

Baca Selanjutnya: Isu Rohingya Dapat Perhatian Dunia: TPM

KUALA LUMPUR - Umat Islam dituntut supaya melakukan suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya dalam konteks hijrah pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

"Jika dilihat dari sudut era globalisasi, hijrah itu merangkumi perubahan dan penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu dari sudut

Baca Selanjutnya: Perdana Menteri Ajak Umat Islam Lakukan Transformasi Minda Sempena Maal Hijrah

BEIJING - Langkah Kuala Lumpur untuk mewujudkan kerjasama counter-terrorism dengan Beijing dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi jenayah siber adalah antara perkara utama semasa lawatan kerja tiga hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bermula Isnin.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL, di sini pada Selasa yang akan dirasmikan oleh Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia

Baca Selanjutnya: Counter Terrorism, Jenayah Siber Antara Perkara Dibincang Di Beijing - Zahid

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang satu ketika dahulu telah menyebabkan perang saudara yang melemahkan ummah sehingga meruntuhkan Empayar Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Beliau berkata rakyat perlu belajar daripada sejarah dan mengelakkan nasib yang sama, memandangkan Maal Hijrah bukan sahaja menyambut tahun baharu tetapi juga meraikan maksud di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW
Baca Selanjutnya: Rakyat Perlu Hindar Amalan Rasuah Dan Perpecahan - Salleh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat bebesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negara ini yang turut serta menyumbangkan pandangan dan idea dalam Bajet 2018.

Beliau berkata, sehingga Isnin lalu sebanyak 13,837 idea dan cadangan diterima sepanjang kempen 'crowdsouring' #Bajet2018 yang berlangsung selama 15 hari bermula 4 September hingga 18 September.

“Hasil dari penelitian awal, saya mendapati pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan, pencukaian

Baca Selanjutnya: Bajet 2018: Sebanyak 13,837 Idea Diterima Daripada Rakyat Malaysia

Lebih banyak artikel..