12
Ahd, Jul
0 ARTIKEL BARU

MANILA - Malaysia mencapai banyak kejayaan sepanjang menjadi Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 bermula 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam tempoh dua tahun itu kejayaan Malaysia bukan sahaja diiktiraf oleh negara-negara ASEAN tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Dalam beberapa kejayaan itu terdapat tiga kejayaan yang membanggakan,"katanya kepada media Malaysia sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan bersama dengan pegawai kanan Malaysia di sini malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengetuai delegasi Malaysia, tiba di Filipina malam ini bagi menghadiri AMMTC ke-11 yang akan dirasmikan pembukaannya esok.

Menjelaskan tiga kejayaan Malaysia itu, beliau berkata yang pertama adalah penerimaan negara anggota ASEAN terhadap cadangan Malaysia supaya persidangan AMMTC yang sebelum ini dibuat secara dwitahunan dibuat setiap tahun bermula tahun ini.

"Acara ini dicadangkan setiap tahun kerana evolusi jenayah rentas sempadan kini berlaku begitu pantas dan sentiasa berubah,"katanya.

Menurutnya kejayaan kedua Malaysia adalah Pelan Tindakan ASEAN bagi

Baca Selanjutnya: Malaysia Capai banyak Kejayaan Sepanjang Jadi Pengerusi AMMTC Ke-10 - Zahid

KOTA KINABALU - Malaysia kini dipandang tinggi oleh dunia sejak pembentukannya 54 tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam ini.

Katanya, Malaysia yang dahulunya belum dikenali di peta dunia kini dilihat sebagai negara yang berjaya dan diakui oleh pemimpin dunia.

"Bila kita menyambut Hari Malaysia ini, kita boleh melihat bagaimana sebagai sebuah negara 54 tahun dahulu.

"Siapa kenal Malaysia (dahulu) - (Sebuah) negara pertanian, bilangan penduduknya tidak besar

Baca Selanjutnya: Malaysia Kini Dipandang Tinggi - Najib

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September sebagai hari penyatuan negara bangsa.

Pada tarikh itu semua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambutnya sebagai hari penubuhan sebuah negara.

"Sebagai rakyat, tentunya kita bangga dengan apa yang telah negara kita capai. Tarikh inilah Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

"Setelah Singapura berpisah

Baca Selanjutnya: Hari Malaysia Satukan Negara Bangsa Tanpa Mengira Etnik - Salleh

KUALA LUMPUR - Persahabatan baik antara Malaysia dan Britain yang terjalin selama 60 tahun menyaksikan kesinambungan dan kerjasama demi masa yang lebih baik bagi kedua-dua negara.

Ini dapat dilhat dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Britain Theresa May di Downing Street, London.

Perdana Menteri berkata, secara tidak langsung ia memberi tambah nilai dalam mencari hubungan baru dan rakan kongsi di seluruh dunia memandangkan Britain telah

Baca Selanjutnya: Hubungan Baik Antara Malaysia Britain Terjalin Sejak 60 Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Pihak polis telah menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media malam ini.

Menurut Amar Singh, penahanan dibuat hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi menerusi kerjasama penduduk sekitar kawasan kejadian.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan di

Baca Selanjutnya: Kebakaran Pusat Tahfiz: Tujuh Remaja Ditahan 

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi melihat semula aspek keselamatan maahad tahfiz di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini yang mengorbankan 23 nyawa semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya difahamkan ada maahad tahfiz yang mengikut piawaian bomba, ada juga yang mendapat

Baca Selanjutnya: Mesyuarat Khas Selasa Lihat Semula Keselamatan Semua Maahad Tahfiz

ALOR SETAR - Alunan ayat suci al-Quran memenuhi ruang legar Istana Anak Bukit di sini, yang menempatkan jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat pada usia 89 tahun petang semalam.

Sejak awal pagi ini, petugas istana yang lengkap berpakaian serba hitam, sibuk dengan tugas masing-masing bagi memastikan istiadat pemakaman diraja berjalan lancar.

Petugas media dilihat membuat persiapan peralatan dan menentukan kedudukan mereka.

Mengikut jadual, Istiadat

Baca Selanjutnya: Istana Anak Bukit Hening Dengan Bacaan al-Quran

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.