06
Kha, Mei
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memerangi keganasan demi mencapai objektif bersama ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan untuk semua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, selain berkongsi kepentingan dan nilai-nilai, yang amat penting pada masa ini ialah kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk memerangi ekstremisme dan menumpaskan keganasan walau di mana ia bertapak.

Beliau berkata AS menjadikan usaha mengekang keganasan sebagai satu daripada keutamaannya sambil menegaskan AS mendapati bahawa tidak ada negara sekutu yang begitu menunjukkan kesungguhan dan lebih dipercayai dalam kempen ini selain Malaysia.

"Walaupun kami bernasib baik kerana tidak pernah mengalami serangan pengganas Daesh atau berkaitan Al Qaeda yang membunuh begitu ramai mangsa di Amerika, kita tidak kebal."

"Serangan pertama berkaitan Daesh yang berjaya berlaku di luar Kuala Lumpur pada Jun 2016. Lapan orang cedera, tiada yang maut. Tetapi itu bukan kerana mahu mencuba," kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia sempena sambutan 60 tahun Amerika

Baca Selanjutnya: Najib Gesa Bagi Tingkatkan Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

KUCHING - Polis Kelantan diarah meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara jiran, terutama dalam aspek siasatan dan pengawasan 'jalan-jalan tikus' di sekitar kawasan sempadan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu buat Ketua Polis Kelantan, untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan bahan terlarang itu ke dalam negara dengan lebih drastik.

Katanya beliau

Baca Selanjutnya: TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Kemasukan Dadah Di Sempadan

KUALA LUMPUR - Malaysia mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) agar membuat interpretasi penghakiman kes membabitkan kedaulatan Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Permohonan itu difailkan di ICJ, The Hague, Belanda, semalam dengan menuntut  mahkamah membuat keputusan dan mengisytiharkan dua perkara iaitu, Perairan di sekeliling Pulau Batu Putih adalah kekal dalam perairan yang dikuasai Malaysia.

Tuntutan kedua adalah Tubir Selatan berada dalam

Baca Selanjutnya: Batu Putih : Malaysia Mohon ICJ Interpretasi Penghakiman

KOTA BHARU - Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan

Baca Selanjutnya: Tindakan DoJ Berunsur Politik - Peguam Negara

KUALA LUMPUR - Malaysia tetap berupaya mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggakan meskipun berdepan cabaran, daripada ketidaktentuan pasaran antarabangsa, kejatuhan harga minyak, sehinggalah kepada tindakan mensabotaj ekonomi dan memburuk-burukkan negara oleh pihak pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dengan pelaburan langsung

Baca Selanjutnya: Ekonomi Negara Kekal Stabil Dan Kukuh - Najib

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini beruntung kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga, orang tersayang, kawan-kawan dan jiran taulan dalam keadaan meriah, harmoni di negara yang aman damai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jika dilihat di sesetengah negara Islam lain, mereka tidak mampu meraikan hari lebaran itu seperti rakyat di Malaysia.

"Mereka tidak beruntung seperti kita, sambutan cukup sederhana, lebih menyedihkan lagi

Baca Selanjutnya: Umat Islam Di Malaysia Beruntung Rai Aidilfitri Meriah, Harmoni

PUTRAJAYA - Jumlah pesara kerajaan dijangka meningkat daripada 775,000 orang ketika ini kepada 1.5 juta pada 2050 seiring trend peningkatan jangka hayat penduduk daripada 75 tahun kepada 85 tahun dalam tempoh tersebut, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata trend itu turut dijangka meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk pesara daripada RM20.35 bilion pada 2016 kepada RM100 bilion pada 2050.

"Bagi pihak kerajaan, kita sedang meneliti trend ini dan implikasi besar kepada

Baca Selanjutnya: Perbelanjaan Kerajaan Untuk Pesara Dijangka Meningkat Kepada RM100 Bilion Pada 2050 - Najib

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.