06
Kha, Mei
0 ARTIKEL BARU

River Of Life (RoL) Berpotensi Produk Pelancongan Baru

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR - Projek River Of Life (RolL) bermatlamat untuk memtrasformasi Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada ikon waterfront yang dinamik serta berdaya huni dengan mempunyai nilai ekonomi melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Kementerian Wilayah Persekutuan menjelaskan projek ini dilancarkan pada tahun 2011 di bawah Program Transformasi Ekonomi, yang mana fasa 1 pengindahan Sungai Presint 7 membabitkan kawasan bersejarah.

Ia membabitkan pertembungan dua anak sungai bermula di Kuala Lumpur yang dikeliling bangunan warisan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Pasar Seni.

Tarikan baru satu jambatan pejalan kaki telah dibina menghubungi masjid dengan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka, scara tidak langsung ia memendekan jarak perjalanan bagi kedua-dua arah.

RoL turut dikenali sebagai 'Kolam Biru' cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mengoptimumkan kawasan ini sebagai penggerak kepada ekonomi dan secara tidak langsung ia dapat menarik pelancong.

Kolam Biru ini mempunyai pemandang yang indah dengan limpahan cahaya berwarna warni berserta dengan pancutan air mengikut irama muzikal.

Secara tidak langsung ia memberi impak pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Malah warga kota dapat menikmati suasana sungai yang bersih dan udara segar.

Kerajaan juga melaksanakan Public Outreach Program yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap kesedaran, dan rasa tanggungjawab terhadap sungai sebagai nadi kehidupan serta ekonomi kerana ia berpotensi sebagai produk pelancongan.

RoL akan menjadikan bandar Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang lebih bersih dan hijau bersesuaian dengan statusnya ibu negara Malaysia.

Ia boleh menjadi realisasi dengan kerjasam semua pihak sama ada kerajaan mahu rakyat jelata.

 

ARHIZA AHMAD

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.