31
Sab, Okt
0 ARTIKEL BARU

Hubungan Baik Antara Malaysia Britain Terjalin Sejak 60 Tahun Lalu

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR - Persahabatan baik antara Malaysia dan Britain yang terjalin selama 60 tahun menyaksikan kesinambungan dan kerjasama demi masa yang lebih baik bagi kedua-dua negara.

Ini dapat dilhat dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Britain Theresa May di Downing Street, London.

Perdana Menteri berkata, secara tidak langsung ia memberi tambah nilai dalam mencari hubungan baru dan rakan kongsi di seluruh dunia memandangkan Britain telah meninggalkan Kesatuan Eropah.

"Malaysia yang kini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menambah nilai dagangan dan diplomatik, terletak secara strategik di tengah Asia Tenggara selain hubungan kukuh dengan dunia Islam dan China.

"Sebagai negara perdagangan yang berpandangan jauh, yang baru-baru ini disenaraikan oleh Bank Dunia mampu menghadapi masa depan," katanya Malaysia turut mengalu-alukan peluang untuk memiliki perkongsian ekonomi yang lebih rapat dengan Britain.

Najib berkata, Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada Theresa May dan bersedia  membincangkan penubuhan perjanjian perdagangan dua hala antara kedua-dua negara secepat mungkin.

Menurutnya, seperti mana yang kita  tahu bahawa perdagangan dua hala negara kita akan memberi manfaat kepada ekonomi, negara dan rakyat.

"Kami bersama bersatu memerangi keganasan dan ekstremis ganas, malah mengutuk serangan terbaru di Britain.

"Malaysia bersedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalamannya dalam memerangi ancaman daripada mereka yang telah menghina nama Islam serta mendakwa bahawa kekejaman mereka adalah kerana Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata, pertemuan dua hala itu turut membincangkang isu kemanusian Rohingya di Myanmar dan satu keputusan telah dicapai bahawa komuniti antarabangsa mesti berkumpul untuk mencari penyelesaian isu berkenaan.

Najib berkata, dalam pertemuan itu juga kami mengesahkan kedamaian menerusi persahabatan dan berharap kedua-dua negara akan terus bekerjasama untuk menjayakan masa depan yang makmur dan selamat.

 

 

ARHIZA AHMAD

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.