19
Jum, Apr
6 ARTIKEL BARU

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) telah diluluskan sebagai sebuah parti gabungan empat parti yang sah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, yang dinamakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri, berkata permohonan PH sebagai parti gabungan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini.

PH adalah gabungan parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PPBM.

"Pada malam ini saya ingin umumkan sebagai Menteri Dalam Negeri, suatu keputusan yang telah lama kita tunggu-tunggu, walaupun tanpa penglibatan saya kerana saya belum mengangkat sumpah, tetapi tindakan dilakukan melalui peringkat Ketua Setiausaha kementerian yang telah memaklumkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan telah diluluskan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat bagi meraikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. di Padang Timur, di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan

Baca Selanjutnya: Pakatan Harapan Sah Sebagai Sebuah Gabungan Parti Politik - Muhyiddin

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima anggota daripada parti yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi PH itu berkata ramai ahli politik daripada kerajaan sebelum ini berminat untuk menyertai PH.

“Kita dapati rakyat tidak boleh terima mereka. Sebab itu, mereka tidak harus diterima untuk menjadi ahli.

“Mereka boleh mengisytihar keluar parti umpama UMNO dan menyatakan sokongan kepada kerajaan tetapi (mereka) tidak

Baca Selanjutnya: PH Tolak Anggota UMNO Lompat Parti – Tun M

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 12 tengah hari ini.

Anwar yang memakai pakaian kemeja dan blazer hitam menaiki kenderaan Jabatan Penjara Malaysia diiringi isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan perkarangan ini kira-kira pukul 11.33 pagi.

Selain itu, Anwar sempat melambai dan senyum kepada penyokongnya serta pengamal

Baca Selanjutnya: Anwar Tinggalkan Hospital Untuk Menghadap Agong

PUTRAJAYA - Beberapa pemimpin DAP dilihat meninggalkan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini kira-kira 10 pagi tadi, dipercayai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara yang dilihat memasuki bangunan itu pada kira-kira 9 pagi ialah Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo, Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang baru dinamakan sebagai Menteri Kewangan dan Setiausaha Organisasi Anthony Loke.

Cubaan warga media yang menunggu sejak awal pagi di luar perkarangan

Baca Selanjutnya: Kepimpinan DAP Hadir ke Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan tetap melaksanakan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dijanjikan dan pembayaran balik akan dibuat kepada yang membuat tuntutan.

Memetik laporan media tempatan, beliau berkata kerajaan terdahulu telah memungut jumlah yang lebih berbanding jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat.

“GST, Akta Anti Berita Tidak Benar serta Akta Majlis Keselamatan dan beberapa lagi undang-undang akan distruktur

Baca Selanjutnya: GST Akan Tetap Dimansuhkan – Tun M

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menerajui kerajaan selama satu atau dua tahun selepas kejayaan bersejarah beliau dalam pilihan raya umum minggu lepas, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Dalam wawancara dengan WSJ di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa, Dr Mahathir juga berkata beliau menjangka pertuduhan jenayah akan difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak susulan siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana

Baca Selanjutnya: Tun M Akan Terajui Kerajaan Satu Atau Dua Tahun, Lapor WSJ

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan telah memberi jaminan bahawa Malaysia akan memenuhi tanggungjawab hutangnya di bawah kerajaan baharu dan menekankan bahawa perubahan politik semasa di negara ini berlaku pada “masa yang sangat positif”.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan sebahagian daripada pasukan lima anggota itu berkata, negara ini mengalami tempoh pelarasan tetapi ia juga disokong oleh persekitaran ekonomi yang menggalakkan seperti harga minyak dunia yang lebih tinggi.

Baca Selanjutnya: Malaysia Akan Penuhi Obligasi Hutang – Zeti

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori