26
Ahd, Mei
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Parti MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan.

Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang baik untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.Bagaimanapun, katanya parti itu mungkin akan mempertimbangkan pilihan lain sekiranya perubahan dalam BN tidak berlaku.

"Hari ini, kita (MIC) masih sebahagian daripada BN, kita merasakan BN perlu melakukan pembaharuan untuk menghadapi cabaran semasa dan kita akan melihat jika perubahan itu berlaku, kita boleh menjadi relevan kepada cabaran politik."Jika tidak, kita akan mencari pilihan lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato' Onn, malam ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata semua parti komponen akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan mereka."BN masih utuh, mereka yang

Baca Selanjutnya: MIC, MCA Bersama BN Lakukan Perubahan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8 di sini untuk mempengerusikan mesyuarat khas pelaksanaan 10 janji 100 hari kerajaan bersama pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam hari ini.

Ketibaan beliau pada 9.10 pagi dinanti-nantikan oleh lebih 50 wakil media tempatan dan antarabangsa yang menunggu di hadapan pagar Yayasan Kepimpinan Perdana seawal 7 pagi.

Sebelum memasuki pagar bangunan itu, kenderaan yang membawa perdana menteri

Baca Selanjutnya: Dr Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Dengan KSN, KSU

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap Barisan Nasional (BN) atau penyokongnya, kata Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Beliau berkata apa juga perubahan yang dilakukan selepas ini bakal dinikmati oleh semua rakyat negara ini dan beliau sendiri akan terus berkhidmat tanpa mengira pendirian parti rakyat.

"Kemenangan PH adalah kemenangan rakyat dan kerja saya sendiri bertambah. Tetapi saya tidak risau kerana saya sudah biasa bekerja sebagai

Baca Selanjutnya: Pakatan Tidak Amal Politik Balas Dendam - Fuziah

KEMAMAN - Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata UMNO kini berada dalam keadaan tenat dan sebahagian besar anggotanya merasakan parti tersebut telah berada di penghujung jalan dan sukar untuk bangkit semula selepas rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dianggap terlewat kerana bekas perdana menteri itu sebenarnya sudah maklum kemerosotan sokongan

Baca Selanjutnya: UMNO Tenat - Ahmad Said

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menjana suasana yang kondusif dalam negara, khususnya dari aspek kestabilan ekonomi dan pendidikan, bagi membantu mensejahterakan peranan kaum ibu mendidik dan menyediakan anak-anak mereka mengharungi kehidupan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Hari Ibu hari ini berkata langkah itu penting bagi merealisasikan potensi mereka (anak-anak) sebagai generasi masa depan untuk negara.

"Bersempena

Baca Selanjutnya: Kerajaan Pakatan Harapan Komited Sejahterakan Peranan Ibu - TPM

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg menafikan kerajaan negeri berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan.

Beliau berkata namun begitu kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan tetap akan dijalin memandangkan ada bidang kuasa terletak di bawah kerajaan pusat.

"Tidak (menimbang untuk sertai Pakatan Harapan)... apa yang akan ada ialah kerjasama antara kedua-dua pihak di bawah sistem persekutuan jadi perlu ada kerjasama kerana beberapa bidang

Baca Selanjutnya: Abang Johari Nafi Kerajaan Sarawak Mahu Sertai Pakatan Harapan

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kelemahan dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Calon BN bagi kerusi negeri Tanjong Bungah itu berkata pengundian berjalan dengan 'sangat perlahan', terutama di kawasan Parlimen Bukit Bendera, yang dikendalikan staf Pejabat Tanah Daerah Timur Laut.

"Di dewan atau saluran tertentu, hanya seorang pemilih membuat pengundian pada satu-satu masa, walauapun dua

Baca Selanjutnya: Pengerusi BN P Pinang Tegur SPR

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.