19
Jum, Apr
6 ARTIKEL BARU

KLUANG - Kajian yang dibuat pusat kaji selidik propembangkang, Invoke Malaysia mengenai keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) hanyalah gimik politik semata-mata.

Dan menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Barisan Nasional (BN) akan membuktikan kajian yang dibuat itu tidak benar pada hari pilihanraya nanti.

Katanya, kajian yang dibuat dalam laman sosial boleh diolah untuk mendapatkan keputusan yang diingini.

“Menurut mereka, BN akan tewas di beberapa parlimen negeri ini termasuk Sembrong, Pasir Gudang dan Johor Bahru.

“Kita akan buktikan kajian dibuat mereka tidak benar kerana yang membuat keputusan akhirnya adalah rakyat di peringkat akar umbi, bukan kaji selidik pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Ulu, di sini sebentar tadi.

Calon kerusi Parlimen Sembrong itu turut mendakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sanggup berkata apa sahaja tanpa sebarang kesedaran semata-mata demi kepentingan diri.

 

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior UMNO yang sanggup mengkhianati parti dan perjuangan bersama selama berdekad lamanya pada waktu getir UMNO menghadapi pilihan raya umum.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau tidak percaya individu-individu ini sanggup berbuat demikian sedangkan mereka telah mendapat pelbagai manfaat daripada parti.

"Malangnya ada orang dapat macam-macam daripada UMNO, jawatan tinggi, pendapatan

Baca Selanjutnya: Najib Kecewa Dengan Senior UMNO Khianati Parti

SEREMBAN – Fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH) berterusan menjadi permainan mereka ini terbukti sepanjang ceramah yang disampaikan di Paroi Jaya, malam tadi, mereka mensasarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan sebagai bahan ceramah mereka.

Ini membuktikan pembangkang ketandusan idea, tambahan sokongan terhadap mereka semakin berkurang, ia berlaku sejak tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila kelemahan mereka dapat dilihat oleh

Baca Selanjutnya: Fitnah Dan Janji Palsu Jadi Amalan Setiap Ceramah Pakatan Harapan

BAGAN DATUK - Pengundi di Parlimen Bagan Datuk perlu menolak calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang G.Manivanan kerana  beliau bukan sahaja orang luar tetapi sudah memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, walaupun negara mengamalkan demokrasi, orang luar tidak patut datang mengacau di Bagan Datuk dan Hutan Melintang, apatah lagi membuat kacau dengan menabur fitnah.

“Ini kalilah Bagan Datuk dan

Baca Selanjutnya: Pengundi Bagan Datuk Patut Tolak Pembangkang Kaki Fitnah - Zahid

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan sistem pilihan raya di Malaysia adalah telus dengan mendukung prinsip integriti yang termaktub dalam setiap demokrasi.

Najib berkata selain para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menjalankan tugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok, kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada wakil calon atau parti bertanding juga bertindak sebagai ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA).

"Mereka

Baca Selanjutnya: Sistem Pilihan Raya Malaysia Telus - Najib

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO Tan Sri Abu Zahar Ujang berharap tiga sahabat baiknya, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim memikirkan semula tindakan mereka bersekongkol dengan parti pembangkang, khususnya DAP yang dikatakan sering meracuni pemikiran rakyat.

Melahirkan rasa sebak, Abu Zahar berkata pada pengetahuannya sebagai sahabat lama dalam memperjuangkan UMNO, ketiga-tiga bekas menteri itu tidak sukakan DAP.

"Saya menghormati mereka setiap masa. Tetapi dari

Baca Selanjutnya: Abu Zahar Mahu Sahabat-Sahabatnya - Daim, Rafidah Dan Rais Fikir Semula

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin tsunami Melayu yang dicanangkan pembangkang tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata ia berdasarkan siri ceramah pembangkang yang mendapat sambutan ramai itu hanyalah bertumpu di kawasan bukan Melayu.

"Kalau kita tengok pembangkang punya ceramah ia kebanyakan di kawasan bandar dan yang hadir itu sebahagiannya bukan orang Melayu, kebanyakannya

Baca Selanjutnya: Tsunami Melayu Tidak Akan Berlaku Pada PRU14 - Najib

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori