09
Ahd, Ogs
1 ARTIKEL BARU

TELUK INTAN - DAP menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dan tidak menafikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong. Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng berkata: "Kami tidak menafikan undi memihak kepada BN... kami mengiktiraf keputusan itu, dan ia memihak kepada Mah." Ditanya sama ada DAP akan mencabar keputusan PRK itu, beliau berkata: "Saya tidak cakap saya akan cabar. Ini memerlukan masa untuk membuat penilaian." Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas kemenangan Mah pada PRK itu. Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi sebanyak 238 setelah memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya. Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata DAP telahpun mengenal pasti faktor kekalahan calonnya, antara lain, calon yang mewakili parti masih baharu selain peratusan pengundi dari luar yang rendah. Beliau berkata parti itu percaya, walaupun kalah, penyertaan Dyana Sofya dalam PRK itu mencetuskan gelombang politik baharu dalam kalangan orang muda. Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang semasa berucap di depan kira-kira 200

Baca Selanjutnya: DAP Menerima Kemenangan BN Di #PRKTelukIntan

IMG-20140530-WA0078

TELUK INTAN : Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tiba dengan 60,349 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 35 Pusat Mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi.

PRK P.76 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud yang mewakili DAP. Setelah lebih 10 hari berkempen, kedua-dua parti dilihat mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi ini.

Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui

Baca Selanjutnya: RASMI: BN Menang #PRKTelukIntan Dengan Majoriti 238 Undi

d6c5de52-7992-4a32-9d28-a94efd71e4d4_400Teluk Intan - Pengundi Parlimen Gelang Patah hari ini meminta bantuan untuk mengesan Ahli Parlimen kawasan itu, Lim Kit Siang. Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Vitoria, Rich Koo berkata, beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) meminta bantuan mengesan Kit Siang yang juga Penasihat DAP pagi tadi. Mesej berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris berbunyi 'I'm Gelang Patah votes, my member parlimen missing. Please help us find him and ask him come back to service'. "Saya terima sms ini pagi
Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan :Kecoh Pengundi Gelang Patah Cari Kit Siang Di Teluk Intan

TELUK INTAN - Setelah lapan hari berkempen, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini melancarkan manifestonya untuk memperkasakan rakyat Teluk Intan. Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita. “Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat. “Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar

Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Dyana Lancar Manifesto Memperkasa Kebajikan

muhyiddin yasin (6)(2)Rakyat Teluk Intan seharusnya melihat secara positif tawaran Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri sekiranya menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, esok. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tawaran positif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu perlu dinilai dengan sebaik-baiknya kerana kawasan tersebut bakal ditadbir oleh menteri kabinet. “Kenyataan oleh Perdana Menteri
Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Nilai Tawaran BN Secara Positif

TELUK INTAN: Sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini. Pengarah SPR Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah, berkata proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar. "Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita selepas pusat pengundian awal itu

Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : 95.61 Peratus Pengundi Awal Keluar Mengundi

Dyana Sofya Mohd Daud akhirnya mengakui bahawa ibunya Yammy Samat semenangnya pernah terlibat dengan NGO PERKASA. Calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan itu juga mendedahkan, beliau turut membantu ibunya mendaftar anggota PERKASA pada 2008. Beliau juga mengakui bahawa beliau sememangnya individu ditunjukkan dalam satu gambar yang tersebar dalam blog anti-Pakatan Rakyat. Gambar itu menunjukkan beliau membantu Yammy ketika pelancaran laman web PERKASA dan kempen mendaftar anggota

Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Akhirnya Dyana Mengakui Pernah bantu PERKASA

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori