19
Rab, Jun
0 ARTIKEL BARU

wanazizahtunjuk_490_280 Krisis jawatan Menteri Besar Selangor menjadi lebih panas. Jika semalam Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bersama empat Exco PAS...tengahari ini Datuk Seri Wan Azizah pula melancarkan serangan balas. Presiden PKR yang dinamakan oleh partinya sebagai penganti Menteri Besar telah menghimpunkan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuktikan majoriti memihak padanya. Berikut adalah ucapan Wan Azizah semasa sidang media sebentar tadi.
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan pentadbiran Kerajaan Selangor dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 13. Dengan ini, saya mengumumkan bahawa 30 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (termasuk saya) seperti tersenarai di dalam lampiran telah menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar. Mereka juga telah menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambilalih tugas sebagai Dato’ Menteri Selangor yang baru. Pendirian mereka ini dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADN selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk
Baca Selanjutnya: Wan Azizah Lancar Serangan Balas, Dakwa 30 Adun Sokongnya

Rodziah Ismail PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail masih berdolak-dalik mengenai pendirian berhubung kedudukannya sebagai ahli exco kerajaan Selangor.

Rodziah yang kini menjadi exco tunggal daripada PKR dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun hanya menegaskan untuk akur kepada keputusan parti yang dianggotainya. Beliau yang baru tiba di tanah air pada lewat malam Rabu selepas menghadiri kursus politik di Bangkok, Thailand tidak menyatakan
Baca Selanjutnya: Krisis MB Selangor : Ke mana Haluan Rodziah?

IMG-20140812-WA0053 Bagaikan tiba-tiba pendirian rakyat Selangor menjadi mahal. Kepada merekalah sekarang boleh diajukan soalan samada selesa, bosan, gelisah atau sekadar tidak mahu peduli dengan kemelut poliik yang sedang melanda pucuk kepimpinan negeri ketika ini. Malah mungkin boleh ditanya samada mereka menyesal memberi mandat kepada kerajaan yang ada ekoran pilihan raya umum lalu atau begitu kecewa dengan apa yang mereka anggap campur tangan keterlaluan ‘orang dari luar Selangor’ dalam pentadbiran
Baca Selanjutnya: Rakyat Berhak Menghakimi Krisis Politik Di Negeri Selangor

malaysiakini vs malaysian insider Selepas mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak memfailkan saman terhadap terhadap portal berita The Malaysian Insider semalam. Portal yang dikatakan mesra pembangkang itu didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen "anti-Khalid". Antara lain, ia mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Menteri Besar Selangor itu dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap
Baca Selanjutnya: Kerana Khalid Ibrahim, MalaysiaKini Dan Malaysia Insider Bergaduh

10551109_847854421893895_2964048782129296936_n Khalid Ibrahim terus-menerus menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan PKR apabila hari ini dia membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 22 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos 2014 nanti. Selama ini, kebanyakan aktiviti PKR di Selangor dibiayai secara peribadi oleh Khalid Ibrahim. Bahkan PRK DUN Kajang turut dibiayai dengan menggunakan wang peribadinya, sehingga mencetuskan kemarahan Anwar Ibrahim apabila Khalid Ibrahim enggan menggunakan wang kerajaan
Baca Selanjutnya: Khalid Ibrahim Batalkan Tempahan Stadium Melawati Untuk Konvensyen PKR

IMG-20140812-WA0087PKR dan DAP menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim petang tadi. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar yang diadakan malam tadi mengesa agar semua Exco PAS tidak menghadirkan diri sebagai bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid itu. Turut hadir dalam sidang akhbar tergempar itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Azmin
Baca Selanjutnya: Pakatan Hilang Kerajaan Selangor, Khalid Ibrahim Pecat Semua Exco PKR & DAP

images (2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Kenyataan ini dinyatakan Abdul Khalid sebentar tadi selepas selesai perbincangannya dengan Sultan Sharafudin di Bangunan Istana Alam Shah, Shah Alam. Berikut adalah kenyataan media yang dibuat oleh Abdul Khalid selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.
1. Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11/8/2014, 9 pagi di Istana
Baca Selanjutnya: Khalid Diperkenan Sultan Untuk Mentadbir Selangor

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.