19
Jum, Apr
6 ARTIKEL BARU

Najib_khalid SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal." Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, Khamis malam. Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. "(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku
Baca Selanjutnya: Najib Akui Boleh Berkerjasama Dengan Khalid

IMG-20140710-WA0044 SHAH ALAM, 11 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian Malaysia untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin. Beliau berkata Malaysia juga akan memberikan sokongan dan bantuan kepada Palestin sehinggalah ia menjadi sebuah negara berdaulat. "Kita tahu saudara kita di Gaza sedang diserang dengan zalim sekali dan kebetulan Duta Palestin baharu (Dr Anwar Hamadto Kassem AL-Agha) jumpa saya tengah hari tadi
Baca Selanjutnya: Najib: Malaysia Teguh Bersama Perjuangan Palestin

image KUALA LUMPUR - Pas belum membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didesak oleh rakan separtinya, PKR supaya meletak jawatan. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan terus memantau dan berbincang mengenai perkara itu jika ada keperluan untuk berbuat demikian. "Kami akan terus dapatkan maklumat selain mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat sebelum isu itu diputuskan," katanya. Mohamad turut
Baca Selanjutnya: MB Selangor : PAS Belum Ada Keputusan

20140701_124224 KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin membidas Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan disifatkan sebagai melangkaui arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Faekah yang kini Ketua Pegawai Ekskutif Menteri Besar berkata, Anwar meminta pemimpin parti berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan jawatan Menteri Besar. Anwar mengeluarkan arahan itu sebaik Shamsul mendakwa
Baca Selanjutnya: Isu MB Selangor: Faekah Persoal Kewibawaan Shamsul Iskandar

safe_image Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor belum menampakkan sebarang tanda akan reda sebaliknya perkembangan terkini menunjukkan keadaan yang semakin meruncing terutama sekali selepas tersebar khabar angin mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatannya pada pagi Isnin lepas. Berikutan mesej dan berita palsu yang yang bertebaran melalui aplikasi popular WhatsApp dan pesanan ringkas itu yang kononnya memetik ringkasan berita SMS oleh agensi Berita Nasional (Bernama), bukan
Baca Selanjutnya: Khalid Terus Diasak-Kedudukan Menteri Besar Makin Gawat

khalid anwar new Baru-baru ini Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor bukan hak milik peribadi mana-mana individu sebaliknya ia ditentukan oleh keputusan bersama PKR dan sekutunya dalam PR dari DAP dan PAS. Kenyataan terbuka yang cukup sinis dan amat memedihkan halwa telinga itu jelas sekali ditujukan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini sedang bergelut bermati-matian menepis pelbagai asakan dalam usahanya untuk mengekalkan kedudukan sebagai
Baca Selanjutnya: MB Selangor: Berapa Lama Lagi Khalid Ibrahim Mampu Bertahan?

mole-Wan-Azizah-Khalid-Ibrahim-SELANGOR Khabar angin mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor bukan sahaja bertiup sekian lama, malahan semakin kencang. Keadaan itu semakin kelihatan terutamanya apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima semakin banyak kritikan kebelakangan ini. Sumber Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu China Press bahawa pemilihan bahagian parti itu akan menutup tirai pada 10 Ogos dan ia akan diikuti dengan mesyuarat Pakatan Rakyat. Difahamkan antara agenda dalam mesyuarat
Baca Selanjutnya: MB Selangor: Wan Azizah Bakal Ganti Khalid Ibrahim?

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori