14
Sab, Dis
0 ARTIKEL BARU

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu membayangkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga. Abdul Khalid dalam catatan terbaru Twitternya berkata: "Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua). "Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat". Sebelum ini, beberapa pihak terutama melibatkan rakannya dalam partinya sendiri seperti timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu. Ini termasuk isu penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings. Terbaharu, Anggota Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Abdul Khalid dipecat ekoran kegagalan beliau menangani isu air di negeri itu termasuk pelan catuan air yang dilaksanakan. Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan penamatan catuan air di semua kawasan terlibat mulai esok. Abdul Khalid yang mengangkat sumpah

Baca Selanjutnya: #Semasa : Khalid Ibrahim Bayang Tak Pertahan Jawatan MB Selangor

Sub-kategori