19
Jum, Apr
6 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata DAP cuba 'mengawal keadaan' dengan menampilkan kedua-dua simbol PKR dan roket bagi menenangkan penyokong Cina mereka sambil memujuk hati orang Melayu pihak pembangkang.

"Kit Siang berharap mereka kemudian dapat mengekalkan sokongan Cina mereka dan serentak itu mendapatkan sokongan Melayu. Ini satu bentuk perdayaan dan menunjukkan DAP tidak yakin dengan simbol PKR," katanya dalam catatan blognya, malam ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, yang juga calon BN Parlimen Kota Belud berkata penasihat DAP Lim Kit Siang kini dalam dilema kerana masyarakat Cina tidak memberi respons positif kepada simbol PKR sebagaimana beliau harapkan dan nampaknya ada beberapa tentangan.

Salleh berkata Kit Siang sepatutnya mendengar pendapat Chen Man Hin dan bukan pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memilih simbol parti kerana penyokong DAP sudah biasa dengan simbol 'Roket'.

"DAP fikir mereka bijak dengan berselindung di sebalik simbol PKR. Dan sekarang oleh kerana ini mengecewakan orang Cina mereka 'menonjolkan kembali' simbol roket dan pada masa sama enggan mengetepikan simbol PKR.

"Ini menimbulkan

Baca Selanjutnya: DAP Cuba Kawal Keadaan Dengan Tonjolkan Simbol PKR dan DAP - Salleh

KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) hari ini tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Sabah ke atas Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd  Shafie Apdal, berhubung dakwaan beliau berkeinginan menjual Yayasan Sabah dengan nilai sebanyak RM350 juta.

Menurut Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Tengku Datuk Zainal Adlin mengatakan bahawa Shafie pernah berkeinginan menjual organisasi

Baca Selanjutnya: Tindakan Shafie Mahu Jual YS Satu Perbuatan Khianat – GAUM

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan menggesa agar pihak Suruhannjaya Pilihan Raya (SPR) berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengambil tindakan terhadap pihak pembangkang terutama DAP yang dilihat melanggar peraturan pilihan raya.

Menurut ketuanya, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii , parti DAP secara terang – terangan telah menggunakan lambing ‘roket’ partinya semasa tempoh berkempen sedangkan parti tersebut tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke – 14 (PRU14).

Baca Selanjutnya: Pemuda UMNO Gesa SPR Ambil Tindakan DAP Pamer Logo ‘Roket’ Semasa Kempen

KUALA LUMPUR - Sekiranya pembangkang diberi peluang membentuk kerajaan, perbezeaan ideologi akan memecah-belahkan antara mereka, manakala dasar ekonomi mereka yang tidak bertanggungjawab dan bersifat populis pula akan menjadikan negara ini muflis, kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

"Ia akan menjadi suatu bencana bagi Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Sariffuddin berkata beliau percaya rakyat Malaysia cukup bijak

Baca Selanjutnya: Dasar Pembangkang Akan Mufliskan Malaysia - Setiausaha Akhbar PM

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Seremban, Datuk Chong Sin Woon yakin bahawa BN akan berjaya merampas semula kerusi berkenaan daripada penyandangnya Loke Siew Fook dari DAP.

Menurutnya, ini berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat di Parlimen Seremban malah bukan saja di kawasan bandar ia turut membabitkan kawasan perkampungan.

“Peningkatan ini membabitkan semua kaum baik masyarakat Melayu mahupun Cina dan India, ia membuktikan kerja keras yang dilakukan oleh

Baca Selanjutnya: Sokongan Masyarakat Terhadap BN di Parlimen Seremban Semakin Meningkat – Sin Woon

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim bukanlah pendirian yang mewakili Veteran UMNO.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, ia adalah tindakan yang dibuat atas kapasiti peribadi mereka dan tidak ada kena-mengena dengan organisasi itu.

“Veteran UMNO ingin menegaskan bahawa apa yang dipetik oleh media yang menyebut Rafidah Aziz, Daim Zainudin dan Rais Yatim sebagai 'Veteran UMNO'

Baca Selanjutnya: Rafidah, Daim, Rais Tidak Wakili Suara Veteran UMNO - Mustapha

KUALA LUMPUR  - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir ‘nampak seperti orang yang sudah buang tebiat’, ujar bekas Ketua Hakim Negara yang kelima, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Ini berikutan sikapnya yang banyak membuat ‘u-turn’ dalam banyak perkara yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu dahulu.

Menurut Abdul Hamid dalam satu tulisannya hari ini, Mahathir satu ketika dahulu menggunakan UMNO dan orang Melayu untuk berkuasa selama lebih daripada 20 tahun.

Namun kini beliau sendiri bukan

Baca Selanjutnya: Tun Mahathir Seperti Sudah Buang Tebiat – Bekas Ketua Hakim Negara

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori