26
Ahd, Mei
0 ARTIKEL BARU

KUBANG PASU – Pendedahan mengenai tindakan DAP yang didakwa mengadakan puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan serta pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang mengejutkan. 

Malah ujar penyandang kerusi Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, banyak lagi perkara tidak betul di luar jangkaan dijangka akan disebarkan parti pembangkang itu menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) untuk meraih undi rakyat. 

"Mereka sanggup melakukan segala-galanya demi kepentingan politik mereka, sama ada agama, bangsa dan lain-lain lagi. 

“Pendedahan ini menunjukkan bahawa selama ini memang dah kerja mereka ini di dalam DAP," katanya.

Beliau mengulas pendedahan Penolong Penerbit UbahTV iaitu laman televisyen rasmi dalam talian DAP Amran Ahmad yang dipetik dalam laporan akhbar tempatan hari ini yang antara lain mendakwa antara fitnah yang sedang dan akan terus disebarkan DAP adalah berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Felda dan Tabung Haji. 

Selain itu Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata beliau yakin rakyat sudah menyedari fitnah parti

Baca Selanjutnya: Tidak Mengejutkan DAP Reka Fitnah Kerajaan dan PM - Johari

TUMPAT - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang untuk menziarahi kubur bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Perdana Menteri itu ujar beliau sepatutnya mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu memandangkan amalan menziarahi kubur hanya perkara sunat.

"(Dr Mahathir perlu) balik kepada cara Islam, masalah sekarang tinggal yang wajib tetapi buat yang sunat.

"Pergi ziarah (kubur) itu

Baca Selanjutnya: Ziarah Kubur Perkara Sunat - Abdul Hadi

PENAMPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini berikutan penerimaan rakyat di seluruh negara.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat terhadap BN yang disifatkannya "luar biasa" , termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

"Saya amat berkeyakinan? apatah lagi sokongan daripada (rakyat) Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri lain.

"Pasti kita akan menang. Yakinlah BN di peringkat

Baca Selanjutnya: Najib Yakin BN Kekal Kuasai Putrajaya Selepas PRU14

KUBANG PASU - Sebanyak 437 anggota PPBM di kawasan Parlimen Kubang Pasu hari ini bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa kecewa dengan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu, yang diketuai Timbalan Ketua Penerangan PPBM Kubang Pasu Ab Manaff Kechik, mengumumkan tindakan mereka itu pada sidang media di Command Centre BN Parlimen Kubang Pasu di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan perjuangan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan

Baca Selanjutnya: 437 Anggota PPBM Parlimen Kubang Pasu Keluar Parti

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke – 14 (PRU14) kali ini menampilkan ramai muka baharu termasuk rata – rata daripadanya adalah dari golongan muda, termasuk di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Calonnya, Adnan Seman yang berusia  42 tahun juga termasuk dalam golongan tersebut, malah mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat di Bandar Tun Razak yang optimis dengan keupayaan beliau dalam mentadbir kawasan tersebut.

Menurut Abu Hassan Shaari Yeop, 63, dia percaya bahawa Adnan adalah

Baca Selanjutnya: Pengundi Perlu Pilih Adnan Jika Mahu Kepimpinan Generasi Muda

BERA - Seramai 130 ahli DAP Triang bertindak meninggalkan parti itu dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Tindakan tersebut diambil selepas mereka tidak berpuas hati dengan tindakan calon DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang, Leong Yu Man yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi dalam menerajui jentera parti itu.

Menurut Naib Ketua Pemuda DAP Bera, Kang Chun Chen yang mengetuai kumpulan tersebut, Yu Man bukan sahaja tidak memandang penat lelah usaha jentera membantunya berkempen, malah

Baca Selanjutnya: 130 Ahli DAP Triang Keluar Parti

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan DAP sebagai 'kilang fitnah' yang sentiasa berusaha mencari isu untuk memburukkan imej Barisan Nasional (BN) dan kepimpinannya.

Najib berkata hal itu diakui sendiri oleh salah seorang anggota jentera parti DAP yang mengatakan, parti itu sengaja mereka berita-berita palsu dan menabur fitnah untuk memastikan matlamat parti itu untuk mengambil alih pentadbiran di negara ini tercapai.

"Hari ini saya terbaca di telefon pintar saya

Baca Selanjutnya: DAP Jadi Kilang Fitnah Untuk Burukkan Kerajaan BN - PM

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.