12
Isn, Apr
0 ARTIKEL BARU

PAS Tiada Ikatan Halang PKR Hadiri Program AMANAH

Politik
Typography

PKR mempertahan kehadiran pemimpin parti itu di program Amanah baru-baru ini kerana tiada mana-mana perjanjian rasmi yang melarang pertemuan tersebut.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata PAS tidak boleh melarang pemimpin PKR menghadiri program AMANAH kerana hubungan PKR dengan PAS hanya atas dasar ‘tidak rasmi’ tanpa ada perkara yang mengikat kedua-dua parti itu.

“Pemimpin PKR bebas untuk menghadiri mana-mana program yang dianjurkan oleh komponen Pakatan Harapan,

“Kita ada hubungan yang tidak rasmi dengan PAS dan saling menghormati namun ia tidak mengikat kita. Ia berbeza dengan Pakatan Harapan sebab kita saling terikat.” Katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang media bersama pimpinan PH di Ibu Pejabat Keadilan, hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani  mengulas 'kekecewaan' PAS apabila beberapa pemimpin PKR menghadiri program AMANAH di Kelantan.

“Apabila PAS berjumpa UMNO kita pun tak buat komen kerana itu hak mereka. Malah tidak wujud ‘solid agreement’ (perjanjian antara PAS-PKR) yang mengatakan tidak boleh buat begitu, begini.” Katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan pemimpin PKR yang menghadiri program PAN di Kelantan sebagai menyanggah kepentingan PAS.

Katanya PKR adalah rakan tahaluf siyasi kepada PAS dan Kelantan adalah negeri yang diperintah PAS manakala program anjuran AMANAH adalah untuk menghentam PAS.

Bagaimanapun menurut Takiyuddin ‘larangan’ itu hanya digunapakai di Kelantan yang diperintah oleh PAS.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.