22
Ahd, Sep
0 ARTIKEL BARU

PAS Mungkin Terima Dedak Dari Najib – Tun M

Politik
Typography

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha menjatuhkan Najib Razak sebagai pihak yang menerima ‘dedak’ daripada Perdana Menteri itu.

Beliau dalam pada itu menegaskan akan menentang sesiapa sahaja termasuk PAS yang enggan bersama-sama blok pembangkang itu dalam masa sama memberikan alasan sejarah permusuhan sebagai halangan.

“Saya berpendapat sesiapa yang menimbulkan masalah dalam PH sebenarnya penyokong Najib.

“Ada besar kemungkinan dapat dedak sebab itu kita akan menentang sesiapa sahaja tidak menyertai gerakan untuk menjatuhkan NaJib.

“Jangan cakap kami tidak bersetuju dengan Pakatan sebab ada DAP,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC.

PAS sebelum ini menegaskan tidak akan menghadiri konvensyen Pakatan Harapan kerana DAP selain berkata parti itu bukan lagi anggota gabungan itu.

Parti itu juga beberapa kali menegaskan tidak akan kembali untuk bergabung sebagai sebuah parti pembangkang setelah terkuburnya Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dr M selain itu menambah, permusuhan yang terjalin sebelum ini sepatutnya dianggap perkara yang remeh berbanding usaha menggulingkan Najib yang sepatutnya diutamakan.

“Kita tahu saya dahulu musuh ketat Lim Kit Siang (penasihat DAP).

“Tetapi permusuhan itu adalah perkara kecil berbanding memusnahkan musuh terbesar iaitu Najib lupakan sahaja segala perselisihan di antatara ktia kerana kita menghadapi satu ancaman yang membahayakan negara,” ujarnya.