19
Rab, Jun
0 ARTIKEL BARU

Rakyat Tolak BERSIH 5 Gara-Gara Tun M – Salleh Keruak

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Kehadiran peserta Bersih 5 yang rendah hari ini merupakan tamparan hebat buat mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan rakan baru dalam Pakatan Harapan (PH) pimpinan DAP. 

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, penubuhan serta pembabitan parti baru Tun Mahathir sepatutnya mampu menarik sokongan rakyat dalam kalangan bangsa Melayu untuk menyokong PH dan Bersih 5.

“Sebaliknya, perarakan hari ini hanya 3 peratus daripada Perhimpunan Bersih lalu. Hanya sekitar 15,500 yang hadir hari ini, berbanding 500,000 yang hadir sepertimana dicanang Bersih tahun lalu.

“Kalau pakai angka yang dibekalkan oleh Malaysiakini, peserta Bersih hari ini ialah seramai 41,000, kurang dari 10% yang Bersih canang hadir tahun lepas,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Salleh, ia dalam masa yang sama membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih serta PPBM kerana mereka dapat melihat dengan jelas bahawa parti ini dipenuhi dengan pelbagai mantan yang gagal dan kecewa.

Tambah beliau, parti ini juga dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah parti yang ditubuhkan hanya kerana keterdesakkan Mahathir untuk mengangkat anaknya untuk menjadi Perdana Menteri selepas beliau ditolak oleh ahli UMNO.

“Hasil penglibatan Mahathir dan kroninya dalam Bersih hari ini telah memperlihatkan penurunan jumlah kehadiran peserta Bersih sebanyak 97 peratus.

“Orang melayu sedar agenda pribadi Mahathir yang haloba ini dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai Bersih 5.  Manakala ribuan orang Cina yang menyertai Bersih tahun lepas mengambil keputusan untuk tinggal dirumah kerana meluat melihat penglibatan Mahathir dalam Bersih,” ujarnya.

Salleh, antara lain turut melahirkan rasa syukur dengan kegagalan perhimpunan haram ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa demokrasi kini semakin kukuh di Malaysia dan tidak boleh diganggu-gugat oleh seorang diktator tua yang mengakui beliau seorang diktator semasa memerintah.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.