19
Rab, Jun
0 ARTIKEL BARU

Jangan Ulangi Kesilapan 2008 – Mahdzir

Politik
Typography

SUNGAI PETANI -  Ahli dan pemimpin UMNO Kedah dingatkan agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan semasa Pilihan Raya UMNO ke -12 pada tahun 2008.

"Bunuh-membunuh" antara kita dalam UMNO antara sebab Kedah jatuh kepada pembangkang yang hanya dipisahkan dengan kelebihan ratusan undi di beberapa kawasan, " kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pada PRU itu, BN hanya menguasai 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kekalahan itu adalah satu pengajaran besar kepada seluruh ahli UMNO dan pemimpinnya.

Namun pemimpin, ahli parti serta penyokong UMNO menebus kesilapana itu pada PRU 13 degan merampas semula Kedah.

"Selepas tidak ada lagi kuasa, kita tidak memikirkan siapa pun yang dinamakan sebagai  Menteri Besar kerana yang penting mahu BN ambil kembali Kedah, " ujarnya.

"Pemimpin yang tidak terpilih jangan kecewa, kerana saya juga pernah diketepikan setelah menerima watikah sebagai calon menjelang PRU 1995", kata Mahdzir yang dilantik Menteri Besar pada 2005 hingga 2008 selepas BN tumbang kepada Pakatan Rakyat.

"Adakah kita hendak kembali kepada zaman pemerintah Pakatan Rakyat 2008 atau kembalikan kemenangan pada PRU 2013 pada PRU 14 ini," katanya semasa menutup Konvesyen UMNO Kedah di Sungai Petani semalam.

Bagi mengelak kekalahan PRU 2008 berulang dan berdasarkan situasi dan cabaran semasa, Konvensyen UMNO Kedah 2016 mengambil lima ketetapan untuk mengahadapi PRU 14.

  1. UMNO akan terus menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.
  2. Setiap bahagian perlu mengukuhkan jentera parti selain menggerakkan aktiviti untuk ahli UMNO dan pennduduk menjelang PRU.
  3. Mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri di peringkat bahagian dan cawangan.
  4. Memperkukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan parti daripada semua komponen BN.
  5. Menanam semangat yang tinggi bagi membentuk permuafakatan dan pasukan yang mantap untuk hadapi PRU-14.

Menurut Mahdzir, konvensyen ini merumuskan bahawa UMNO dan BN akan berusaha untuk mempertahankan kerajaan negeri  Kedah. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.